• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Izzue Islam Berang Awin Dituduh Amal Ilmu Hitam

oleh
15/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI kumpulan Forteen, Izzue Islam mengakui berang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menuduh isterinya iaitu Awin Nurin mengamalkan ilmu hitam.

Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan menggesa individu yang didakwa memfitnah isterinya segera menghentikan buli siber di laman sosial.

Bagaimanapun katanya, isterinya banyak membantu menenangkan dirinya daripada cepat melatah dengan tohmahan negatif tersebut.

“Ini bukan kali pertama tomahan dilemparkan terhadap kami. Kali ini, ia meninggalkan impak berbeza kerana memfitnah dan menuduh isteri menggunakan bomoh terhadap saya.

“Saya terkilan kerana individu yang membuat tuduhan seperti tidak ada agama dan tidak beri bukti.

“Hentikanlah buli siber kerana ia memberi impak negatif kepada banyak pihak. Jika kurang pasti, jangan mulakan sesuatu yang tidak pasti kesahihannya. Mentaliti begini harus dihentikan,” katanya dipetik BH Online.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 27 tahun turut menggesa individu terbabit tampil dengan bukti, bukan berselindung di sebalik akaun palsu.

“Jika benar Awin mengamalkan ilmu hitam seperti yang didakwa, buktikan dan tunjuk bomoh yang digunakan. Perkara ini bukan membabitkan akaun palsu, sebaliknya beberapa individu,” ujarnya.

Sementara itu, Izzue juga berkata dia mengakui kecewa dengan sikap netizen yang suka mempersoal mengenai zuriat.

“Pasangan berkahwin mana yang tidak mahu cahaya mata? Jangan tuduh sesuka hati saja,” katanya.

Izzue dan Awin berkahwin pada 2 Jun 2013 selepas lima tahun berkawan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: IZZUE ISLAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Izzue Islam Mengaku Punyai Kelemahan Vokal

01/11/2018
0

PENYANYI Izzue Islam mengakui dia antara yang lemah daripada segi vokal dalam kalangan anggota kumpulannya, Forteen. Izzue atau nama sebenarnya...

“Saya Yang Tidak Mahu, Bukan Salah Awin” – Izzue

13/05/2018
0

PELAKON dan penyanyi, Izzue Islam menyangkal dakwaan beberapa pihak yang mengatakan dia dikawal ketat oleh isterinya, Awin Nurin sehingga tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd