• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Pramugara Terima Hakikat Kemalangan MH370

oleh Ahmad Albab
03/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Intan Maizura Othman, isteri kepada pramugara pesawat MH370 Mohd Hazrin Mohamed Hasnan mengadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil di Masjid Alam Impian di sini malam tadi.

Beliau berkata majlis yang dihadiri kira-kira 100 orang termasuk anggota keluarga, sahabat dan penduduk setempat itu bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan suaminya yang terkorban dalam tragedi pesawat malang itu.

“Sebelum ini, sudah lama saya mendengar berita dari banyak sumber termasuk MAS sendiri yang mengatakan kesemua penumpang dan krew MH370 sudah tiada.

“Jadi, bila mereka sudah umumkan secara rasmi mengenai nasib kesemua yang terlibat, barulah saya adakan majlis ini bagi mendoakan kesejahteraan suami saya,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Intan Maizura berkata semua waris serta keluarga penumpang dan anak kapal MH370 kini perlu reda dan menerima hakikat kemalangan itu bagi meneruskan kehidupan mereka.

Kerajaan pada Khamis lepas mengumumkan MH370 secara rasmi diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap telah terkorban.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang termasuk dua bayi itu hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac lepas.

Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. -BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd