• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemansuhan GST Adalah Muktamad – Zeti

oleh Ahmad Albab
15/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini menegaskan cadangan memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang diperkenalkan pada 1 April 2015, adalah muktamad.

“Ia (keputusan untuk memansuhkan) adalah muktamad dan usaha sedang dilakukan untuk merealisasikannya,” kata bekas gabenor bank pusat itu yang juga antara lima anggota Majlis Penasihat Kerajaan.

Dua ahli majlis itu berada di Kementerian Kewangan pagi ini untuk membincangkan mengenai percukaian selain urusan mengenai ekonomi termasuk perubahan fiskal dan subsidi.

“Kita tahu dari mula lagi ia sudah diputuskan, tidak perlu dipersoalkan mengenainya.

“Isunya ialah cara untuk melaksanakannya, sama ada menjadikannya sifar? Oleh itu, daripada enam peratus ia menjadi sifar peratus,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama 180 pengurus dana, di sini hari ini.

Pakatan Harapan yang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu, antara lain menjanjikan pemansuhan GST dalam manifesto mereka.

Zeti berkata semua urusan mengenai perubahan ekonomi akan dilakukan secara menyeluruh dan mengikut peraturan.

“Objektif utama ialah memberikan lebih banyak kuasa membeli kepada rakyat, terutama kumpulan pendapatan sederhana dan rendah,” katanya.

Beliau berkata sebaik keputusan dibuat, ia akan dimaklumkan kepada orang ramai.

“Kami akan mengumumkan apa yang akan kami lakukan, termasuk strategi, proses, teknologi, sistem dan mendapatkan kelulusan di Parlimen,” katanya.

Zeti juga menegaskan beliau tidak akan memberi reaksi ke atas sebarang urusan mengenai politik dan hanya terlibat dalam perspektif ekonomi.

“Ini yang dikehendaki oleh rakyat sekarang, sejauh mana impak ke atas mereka dan bagaimana impaknya ke atas ekonomi. Itu sebab saya muncul kembali,” katanya. – BERNAMA

Tags: GSTZeti Akhtar Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd