• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Lokasi Panas Markas Penagih Dadah Di Selangor

oleh AK-47
15/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sebanyak 15 lokasi panas menjadi markas penagih dadah di Selangor dikenal pasti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri untuk digempur selepas ini.

Langkah itu bagi mengekang masalah penyalahgunaan dadah dan memastikan aktiviti itu ditumpaskan sepenuhnya.

Pengarah AADK Selangor, Md Razif Wan berkata, kawasan itu dibahagikan kepada empat kategori membabitkan perkampungan tradisional, nelayan, perumahan kos rendah dan penempatan dalam projek pembangunan perladangan seperti Felda.

Beliau berkata, tiga unit AADK iaitu Unit Penguatkuasaan, Pencegahan serta Rawatan dan Pemulihan bertindak mengikut peranan bagi menghapuskan kewujudan port panas berkenaan.

“Secara dasarnya kami mengadakan Kempen Perangi Dadah Habis-habisan (PDH).

“Bagi Unit Penguatkuasaan, kami menjalankan Op Cegah dan Bersepadu bersama agensi lain serta meletakkan pegawai di kawasan panas untuk menunjukkan kehadiran AADK. Pada masa sama bergaul dengan masyarakat setempat,” katanya.

Beliau memaklumkan, pihaknya menggunakan media sosial untuk mendidik masyarakat mengenai keburukan penyalahgunaan dadah selain melantik ikon antidadah membabitkan individu berpengaruh.

Menurutnya, antara kawasan panas di Selangor adalah di Sungai Besar, Sabak Bernam; Pandamaran dan Bandar Klang, Klang; Kampung Datuk Harun dan Kampung Medan, Petaling Jaya.

“Di Ampang, kawasan panas adalah di Pandan Indah, Pekan Ampang dan Hulu Klang,” katanya. – myMetro Online

Tags: AADKoperasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Pasir Gudang Perlu Beroperasi Sepenuhnya Segera – Tunku Mahkota Ismail

Hospital Pasir Gudang Perlu Beroperasi Sepenuhnya Segera – Tunku Mahkota Ismail

30/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan sektor kesihatan merupakan aspek kritikal yang tidak boleh ditangguhkan, justeru...

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd