KEPUTUSAN Bruce Jenner, 65, mahu melakukan pembedahan menukar jantina nampaknya mendapat seratus peratus restu daripada ahli keluarga Jenner dan juga Kardashian.
Malah keputusan itu disokong penuh oleh bekas isterinya, Kris Jenner dan juga anak tirinya, Kim Kardashian.
“Saya rasa semua orang melalui pelbagai rintangan dan cabaran dalam kehidupan dan sudah sampai masa untuk Bruce berkongsi apa yang dirasakan perlu dalam kehidupannya dengan kita semua,” kata Kim mengulas mengenai perkara tersebut.
Menurut sumber People, Bruce akan merekodkan perjalanan perubahannya daripada seorang lelaki kepada wanita menerusi satu siri dokumentari yang bakal ditayangkan pada tahun ini juga.
Bruce, bekas atlit Olimpik berkahwin dengan Kris pada 1991 dan hasil perkahwinan mereka memperoleh dua anak perempuan, Kendall dan Kylie yang turut terlibat dalam program realiti Keeping Up With The Kardashians.
Bruce dan Kris berpisah pada Disember tahun lalu. -MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=sTML1c2ZwH4


