• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerja Kuat Pulihkan Kewangan Negara – Guan Eng

oleh Ahmad Albab
15/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan memastikan ‘kesihatan’ kewangan negara dapat dipulihkan selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pentadbiran daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Beliau berkata selepas melihat penyata kewangan negara, pihaknya perlu bekerja lebih kuat untuk memulihkan kembali kewangan negara.

“Kami akan berusaha supaya ‘kesihatan’ kewangan negara dapat dipulihkan. Ini satu tugas yang berat.

“Tetapi kerana dapat sokongan rakyat, saya berjanji dan berikrar serta membuat komitmen bahawa saya akan berusaha dan berjuang setiap hari untuk rakyat Pulau Pinang dan Malaysia,” katanya ketika berucap pada ceramah mega ‘Sekalung Budi Membina Harapan’ di Padang Kota, di sini malam ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan barisan kepimpinan PH negeri.

Bagaimanapun, Lim yang juga Anggota Parlimen Bagan berkata pada masa ini, beliau tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kementerian itu berikutan belum mengangkat sumpah sebagai menteri kewangan.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan kerajaan PH akan menunaikan setiap janji yang dibuat dalam manifesto pilihan raya dan berharap rakyat memberi masa kepada mereka.

“Selama 61 tahun BN buat silap dan salah serta buat tidak betul untuk rakyat. Ini semua tidak boleh dibetulkan dalam satu malam atau satu hari. Kami perlukan masa. Harap rakyat beri masa, semua janji akan dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, Chow mengucapkan terima kasih kepada rakyat Pulau Pinang yang memberi kemenangan kepada PH untuk terus mentadbir negeri itu bagi penggal ketiga.

Pada PRU14, 9 Mei lepas, PH memenangi 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 11 kerusi Parlimen di Pulau Pinang.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan 13 kerusi Parlimen, keseluruhannya. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd