• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mampu Penuhi Keperluan Perolehan Tanpa GST

oleh Ahmad Albab
15/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia mampu untuk memenuhi keperluan perolehannya walaupun selepas memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan meneliti keutamaan terhadap projek-projeknya, meningkatkan kecekapan sektor awam, mengelakkan pembaziran dan meneroka sumber pendapatan baharu, kata Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) itu juga menyatakan keyakinan terhadap ekonomi negara yang boleh dipandu ke arah yang betul dan tempoh masa 100 hari adalah mencukupi untuk menyediakan sesuatu yang jelas dan melakukan pengubahsuaian serta perubahan diperlukan.

“Saya berasa inilah juga yang diperlukan pasaran. Mereka mahu menyaksikan komitmen berkenaan dan lebih jelas terhadap apakah yang akan dilakukan (oleh kerajaan),” katanya kepada Bernama selepas menghadiri sesi taklimat berasingan dengan agensi penarafan kredit antarabangsa, Moody’s Investors Service, Standard & Poor’s Global Ratings dan Fitch Ratings, di sini, hari ini.

Gabenor wanita pertama yang menerajui bank pusat berkenaan selama 16 tahun itu adalah anggota Majlis Penasihat Kerajaan yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada Sabtu.

Dipengerusikan oleh bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, turut sama di dalam majlis itu adalah Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Mohd Hassan Marican; Pakar Ekonomi, Prof. Jomo Kwame Sundaram dan Ahli Perniagaan, Tan Sri Robert Kuok.

Mengulas sama ada prestasi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dan ringgit pada hari ini adalah disebabkan oleh keyakinan semula terhadap ekonomi, Zeti menegaskan: “Dalam keadaan tidak menentu akan ada turun naiknya.”

Ketika penggiat pasaran melihat komitmen dan kemampuan institusi seperti BNM, Kementerian Kewangan dan agensi lain dalam melaksanakan pembaharuan yang sepatutnya, beliau berkata: “Saya percaya wujudnya potensi yang boleh membawa kepada keyakinan itu dan kita menuju ke arah masa depan yang lebih baik serta cerah.”

Mengulas contoh kejayaan Malaysia mengatasi situasi serupa sebelum ini, Zeti berkata, kunci kemampuan itu adalah kepada usaha meneliti keutamaan terhadap projek-projek itu.

“Kita pernah melakukan perkara serupa ketika era pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada pertengahan 1990-an.

“Berikutan banyaknya projek-projek mega yang dilaksanakan, imbangan pembayaran defisit akaun semasa kita melebihi 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan meningkatkan ketidaktentuan negara.

“Pada waktu itu, kita menasihatkan beliau supaya meneliti semula keutamaan projek-projek mega dan menangguhkan pelaksanaannya pada masa depan.

“Dalam masa dua tahun, imbangan pembayaran defisit akaun semasa pulih kepada 4.6 peratus daripada KDNK berbanding melebihi 10 peratus seperti sebelumnya. Kita sudah melakukannya sebelum ini dan akan mampu mengulanginya,” katanya. – BERNAMA

Tags: GSTTan Sri Zeti Akhtar Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd