• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Salman Ucap Tahniah Kepada Dr. Mahathir

oleh Ahmad Albab
14/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEDDAH — Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, hari ini mengucapkan tahniah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Pemerintah Arab Saudi itu menzahirkan ucapan tahniah tersebut menerusi panggilan telefon dari Istana Salam di Jeddah.

Dalam perutusan tahniah itu, baginda turut memuji hubungan erat antara Arab Saudi dan Malaysia serta berharap ia dapat dipertingkatkan lagi dalam pelbagai bidang.

Menurut laporan SPA, Dr. Mahathir telah mengucapkan terima kasih kepada Raja Salman dan menyatakan hasrat untuk terus mempertingkat hubungan dua hala kedua-dua negara demi kepentingan bersama.

Dr. Mahathir, 92, mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua selepas memegang jawatan itu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003, dan muncul sebagai perdana menteri tertua di dunia. – BERNAMA

Tags: Raja Salman Abdulaziz Al Saud
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Salman Agih 20,000 Al-Quran, Terjemahan Seluruh Malaysia

23/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Penasihat Islam Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur bakal mengagihkan sejumlah 20,000 naskhah al-Quran dan terjemahannya...

Runtuhan Kren Makkah: Waris Jemaah Haji Terima Pampasan

14/01/2020
0

PUTRAJAYA - Seramai tujuh waris jemaah yang terkorban dalam insiden runtuhan kren pada musim haji 2015 yang lalu menerima SR1...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd