• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Runtuhan Kren Makkah: Waris Jemaah Haji Terima Pampasan

oleh
14/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai tujuh waris jemaah yang terkorban dalam insiden runtuhan kren pada musim haji 2015 yang lalu menerima SR1 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, tiga daripada 11 jemaah yang tercedera dalam insiden tersebut turut menerima SR500,000.

“Kesemua sumbangan tersebut telah selesai pada November lalu dan dikreditkan ke dalam Amanah Raya Berhad untuk diagihkan secara telus,” katanya.

Beliau berkata, sumbangan tersebut merupakan sumbangan daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud kepada waris dan jemaah insiden.

“Ini adalah daripada Raja Salman sendiri yang menzahirkan rasa tanggungjawab terhadap kejadian tersebut.

“Ia bukan daripada kerajaan Arab Saudi sebab itulah ada jemaah cedera yang tidak dapat sumbangan tersebut,” katanya.

Sehubungan itu Mujahid berterima kasih kepada Raja Salman dan kerajaan Arab Saudi yang perihatin.

“Seperti disebut dalam ucapan saya, kerajaan Arab Saudi sangat prihatin dalam isu ini dan pihak kami berusaha untuk memastikan ia selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis jamuan makan tengah hari waris dan mangsa di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh dan Duta Arab Saudi, Datuk Dr. Mahmoud Hussien Saeed Qattan.

Pada September 2015 apabila seramai 108 mangsa terbunuh dan 238 cedera apabila kren yang digunakan untuk menaik taraf Masjidil Haram itu tumbang.

Rentetan tragedi malang itu, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dilaporkan bersetuju membayar pampasan kepada semua mangsa yang terbabit dalam nahas kren runtuh di Masjidil Haram.

Memetik laporan Saudi Press Agency, nilai pampasan dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu kepada jemaah meninggal dunia, jemaah cedera yang hilang keupayaan kekal dan jemaah yang hanya mengalami kecederaan biasa.

Bagi jemaah meninggal dunia dan jemaah yang hilang keupayaan kekal, mereka akan dibayar SR1 juta (RM1.08 juta) sementara kecederaan biasa pula akan diberi pampasan SR500,000 (RM542,298).

Bagaimanapun, pada Oktober 2017, mahkamah Makkah memutuskan semua mangsa kren tidak akan mendapat sebarang diyyah dan merumuskan kejadian itu berlaku disebabkan faktor alami serta bukan kecuaian manusia.

Mahkamah juga membebaskan semua 13 pekerja Binaldin Group yang bertanggungjawab terhadap kren gergasi di Tanah Suci itu. – Sinar Harian

Tags: Arab Saudijemaah hajiRaja Salman Abdulaziz Al Saudruntuhan kren
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd