• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TV3 Diperintah Bayar RM1.1 Juta Kerana Fitnah Anwar

oleh Ahmad Albab
14/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan stesen televisyen TV3 membayar ganti rugi RM1.1 juta kepada bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendapati TV3 bertanggungjawab menfitnah dengan mengaitkan Anwar sebagai seorang daripada dalang pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu selepas membenarkan saman Anwar terhadap TV3 atas dakwaan menfitnahnya dalam laporan berita Buletin Utama berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh Utusan Melayu bertajuk ‘Tiga kumpulan menjadi dalang’ bertarikh 2 Mac 2013.

Ahmad Zaidi memerintahkan TV3 membayar ganti rugi am RM600,00 dan masing-masing RM250,000 bagi ganti rugi teruk dan teladan serta kos sebanyak RM40,000.

Hakim itu berkata mahkamah mendapati TV3 sebagai defendan kedua gagal mengambil tindakan sewajarnya sebagai wartawan bertanggungjawab untuk membuat pengesahan daripada Anwar sebelum menyiarkan laporan berita itu.

“Mengikut keterangan saksi defendan, mereka menyiarkan laporan berita itu berdasarkan artikel daripada Utusan, tetapi akhbar itu telah mengakui bahawa artikel itu tidak benar dan fitnah terhadap plaintif (Anwar). Bagaimanapun, TV3 berkeras dan tiada penyelesaian dibuat antara TV3 dan plaintif,” kata Ahmad Zaidi.

Hakim itu berkata selepas menimbangkan keadaan kes berkenaan, beliau mendapati sifat laporan berita itu memberikan implikasi terhadap plantif dan oleh itu mahkamah merasakan bahawa jumlah RM600,000 bagi ganti rugi am adalah munasabah.

“Terdapat niat jahat dalam laporan berita itu, ini dapat dilihat daripada tindak-tanduk CEO TV3, walaupun Utusan Malaysia sudah mengakui berita yang diterbitkan palsu tetapi TV3 masih berkeras. Saya rasa berdasarkan itu mahkamah membenarkan tuntutan plaintif bagi ganti rugi teruk dan teladan masing-masing berjumlah RM250,000,” katanya.

Pada 8 Mac 2013, Anwar selaku plaintif memfailkan saman terhadap Utusan Melayu; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak; TV3; Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen dan Radio, Media Prima Bhd., Datuk Shaharudin Abd Latif dan Pengarang Berita Buletin Utama, Ing Boon Seng sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan, Anwar mendakwa Utusan Melayu menyiarkan artikel di muka hadapannya bertajuk ‘Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ dan artikel di muka surat sembilan bertajuk ‘Tiga kumpulan menjadi dalang’ bertarikh 2 Mac 2013.

Bekas anggota Parlimen Permatang Pauh itu juga mendakwa TV3, antara pukul 8 dan 9 malam, hari yang sama dalam Buletin Utama turut menyiarkan berita mengenai pencerobohan di Lahad Datu berdasarkan laporan berita yang dikeluarkan oleh Utusan Melayu.

Pada 5 Oktober 2016, Anwar berjaya menyelesaikan kes saman itu terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes saman itu.

Anwar diwakili peguam Datuk S.Ambiga manakala peguam Lim Qi Si bertindak bagi pihak TV3. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahimtv3
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Legenda Wartawan TV3, Datuk Karam Singh Walia Meninggal Dunia

Legenda Wartawan TV3, Datuk Karam Singh Walia Meninggal Dunia

06/04/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Dunia kewartawanan negara kehilangan seorang tokoh berpengaruh apabila wartawan penyiaran tersohor, Datuk Karam Singh Walia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd