• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maaf GST Belum Dimansuhkan Lagi…

oleh AK-47
15/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Kewangan menafikan dakwaan bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan berkuat-kuasa pada 1 Jun 2018, sepertimana yang ditularkan di laman sosial hari ini.

Kementerian itu dalam kemaskini terbaharu di laman Facebook berkata kenyataan yang menyalahgunakan nama kementerian itu mengenai pemansuhan cukai tersebut adalah palsu dan tidak benar.

“Pada masa ini kerajaan belum menetapkan tarikh pemansuhan GST.

“Sehubungan itu semua peniaga yang berdaftar GST perlu mematuhi perundangan semasa dengan mengenakan GST seperti yang ditetapkan,” tulis Kementerian Kewangan dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Terdahulu, kenyataan itu mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memutuskan untuk memansuhkan cukai berkenaan selepas kemenangan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pada 9 Mei lalu.

Kenyataan palsu itu juga mendakwa ia sebagai hadiah kepada rakyat menjelang hari Raya Aidilfitri, dan kerajaan akan memulangkan semua kutipan GST bermula 9 Mei 2018.

Turut disebutkan tiada cukai baharu yang dikenakan sepanjang dua tahun pertama pentadbiran PH dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) hanya akan diperkenalkan semula pada tahun 2020.

PH dalam manifesto PRU14, berjanji akan memansuhkan GST dalam masa 100 hari sekiranya mereka diberi mandat membentuk kerajaan Persekutuan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: berita palsuGSTkementerian kewangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman media sosial Kementerian Kewangan (MoF) menerusi satu hantaran hari ini menerangkan mengapa bekalan minyak masih belum...

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd