• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Pembangkang Tetap Dapat Peruntukan Kerajaan

oleh Ahmad Albab
14/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah bersedia untuk memberi peruntukan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang dalam memastikan rakyat di kawasan tersebut tidak dipinggirkan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata perkara itu telah dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah semalam, namun kaedah pemberiannya akan diputuskan kemudian.

“Masa jadi pembangkang dahulu, perkara itulah yang kita bangkitkan kepada Barisan Nasional (BN). Tetapi bila dah jadi kerajaan ini, kita akan beri pertimbangan sewajarnya dan kaedahnya pula perlu diperhalusi lagi.

“Tapi perkara paling penting adalah untuk memastikan bahawa rakyat di kawasan yang dimenangi pembangkang tidak ditinggalkan dan dihukum hanya kerana mereka mengundi parti lain. Bila perkara ini jadi, tidak bermakna kerajaan tidak akan memberi perhatian kepada rakyat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Mukhriz tiba di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman pada pukul 8 pagi untuk mengetik kad perakam waktu bagi memulakan hari pertamanya bertugas sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

Sementara itu, beliau berkata peruntukan dalam Bajet 2018 (Kedah) yang telah diluluskan sebelum ini akan diperhalusi semula selepas mengambil kira situasi kerajaan negeri yang tidak mempunyai hasil pendapatan yang banyak.

“Hasil pendapatan di negeri ini tidak banyak dan merupakan antara negeri yang tercorot dari segi pembangunan, pendidikan dan lain-lain lagi. Saya harap selepas ini kerajaan persekutuan akan memberi perhatian yang lebih kepada Kedah,” katanya.

Dalam pada itu, Mukhriz turut memaklumkan semua projek kerajaan negeri dan syarikat milik kerajaan (GLC) yang melibatkan perbelanjaan lebih RM100,000 ditangguhkan dahulu bagi membolehkan penilaian semula dilakukan.

Katanya, penangguhan itu termasuk lima projek menaik taraf loji rawatan air yang melibatkan Loji Rawatan Air Pelubang, Loji Rawatan Air Jenun Baru, Loji Rawatan Air Bukit Selambau, Loji Rawatan Air Sungai Limau dan Loji Rawatan Air Lubuk Buntar Lama yang telah diluluskan kerajaan BN sebelum ini.

“Saya dapat tahu ada beberapa kontrak loji rawatan air ini telah ditandatangani dua hari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan saya akan dapatkan nasihat daripada penasihat undang-undang untuk pastikan sama ada surat tersebut sah atau tidak,” katanya.

Bagaimanapun, kata Mukhriz, beliau akan cuba memenuhi manifesto PH negeri yang dijanjikan dalam 100 hari pertama pentadbiran iaitu menyelesaikan masalah bekalan air di negeri ini dengan mengenal pasti punca permasalahan tersebut terlebih dahulu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pelantikan 10 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) akan dibuat dalam tempoh terdekat membabitkan ADUN daripada keempat-empat parti dalam Pakatan Harapan.

“Pecahan pembahagian Exco itu akan diumumkan nanti tetapi seperti yang sedia maklum PKR memenangi jumlah kerusi terbanyak dalam PH jadi jumlah Exco teramai adalah daripada PKR.

“Disebabkan Dewan Undangan Negeri juga berbelah bahagi, saya perlu mencari kaedah terbaik mengenai pemilihan dan pelantikan speaker dan timbalannya,” katanya.

Mukhriz berharap kerajaan dan pembangkang dapat terus bekerjasama untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat serta menguruskan pentadbiran negeri. – BERNAMA

Tags: KedahMukhriz Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd