• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kediaman Najib Dikawal Ketat Polis, Jadi Tumpuan Media

oleh Ahmad Albab
14/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laluan keluar masuk ke kediaman peribadi bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta di sini terus menjadi tumpuan pengamal media tempatan dan luar negara sehingga hari ini.

Kira-kira 20 pengamal media yang terdiri daripada wartawan dan jurukamera ‘berkampung’ berhampiran kawasan kawalan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), menunggu sebarang kemungkinan susulan pelbagai dakwaan dan laporan terhadap bekas perdana menteri itu.

Kumpulan media tidak dibenarkan memasuki kawasan simpang masuk ke kediaman Najib dengan jarak kira-kira 100 meter yang dikawal pasukan polis dengan penempatan balai polis bergerak.

Jumlah pihak media semakin berkurangan pada lewat petang ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy ketika dihubungi Bernama berkata pihak polis sentiasa mengawal keselamatan di kawasan itu sebagai langkah pencegahan jenayah serta bagi menjamin keselamatan penduduk sekitar kawasan berkenaan.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan beliau telah menghalang Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor daripada meninggalkan negara dan telah disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen untuk ke luar negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd