• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Berita Tak Disekat Selagi Tak Mengganggu

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak akan menyekat atau mengambil tindakan terhadap mana-mana laporan berita yang tidak tepat selagi ia tidak mengganggu ketenteraman negara.

Perdana Menteri berkata tindakan itu bagi membolehkan pengamal media tempatan mengetahui sendiri dengan lebih jelas mana satu berita palsu atau mana satu benar dalam laporan mereka.

“Dalam rejim sebelum ini, kita rasa sekatan. Ada akhbar pro itu, pro ini, tapi kita tidak akan sekat laporan mereka, janji ia membawa hasrat dalam laporan.

“Namun, usaha yang membawa ketegangan tidak akan diterima,” katanya dalam sesi penerangan khas kepada RTM dan Bernama di kediaman beliau di sini, hari ini.

Dr. Mahathir berkata walaupun kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan menyokong kepada kebebasan akhbar namun, ia mempunyai hadnya.

“Jika mereka sengaja membuat laporan untuk menimbulkan huru hara atau ketegangan, kita akan hadapinya dengan undang-undang khas,” tegas beliau.

Perdana Menteri berkata undang-undang mengenai berita palsu akan diberi definisi baharu dan jelas supaya orang ramai dan syarikat penerbitan faham apa yang dimaksudkan dengan berita palsu. – BERNAMA

Tags: Laporan BeritaTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam untuk menjalani...

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd