• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shafie Beri Jaminan Akan Laksana Janji-Janji

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi jaminan bahawa janji-janji yang dilaungkan oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan dilaksanakan.

Beliau berkata kerajaan negeri akan melaksanakan beberapa pendekatan baharu untuk mengurus tadbir negeri ini.

“Seperti yang kita (Warisan) janjikan…antara pendekatan yang kita akan laksanakan adalah tidak membenarkan kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) memegang jawatan pengerusi dalam badan berkanun.

“Ini kerana saya hendak fokus supaya kesemua ADUN berkenaan dapat menumpukan masa berkhidmat untuk rakyat,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini, malam ini.

Katanya, jawatan dalam 61 agensi badan berkanun itu akan diberikan kepada yang layak dan berkemampuan.

“Apabila sesuatu agensi itu ditadbir dengan baik menerusi beberapa pendekatan baharu, akan ada banyak peluang pekerjaan diwujudkan di Sabah,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata keyakinan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin membolehkannya menjadi Ketua Menteri Sabah baharu selepas menjalani istiadat angkat sumpah di Istana Negeri di sini, malam ini.

Mohd Shafie berkata perkara itu berlaku rentetan surat beliau kepada TYT yang mengandungi akuan berkanun daripada semua ADUN BN Sabah yang menyertai Warisan.

“TYT telah memanggil ADUN berkaitan dan kesemua ADUN terlibat bersetuju untuk sama-sama membentuk.kerajaan negeri dengan Warisan serta Pakatan Harapan.

“Kerana keyakinan itu, TYT telah memanggil Tan Sri Musa Aman (memaklumkan) keperluannya meletak jawatan oleh kerana dalam perlembagaan apabila (Barisan Nasional) didapati tidak mempunyai cukup majoriti untuk dia melaksanakan (tanggungjawab) sebagai ketua menteri maka dia perlu meletak jawatan atau membubarkan DUN (Dewan Undangan Negeri),” katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di kediamannya di sini, malam ini.

Semalam enam ADUN BN Sabah menyertai Warisan seterusnya membantu Warisan membentuk kerajaan negeri.

Empat daripada mereka adalah ADUN UMNO iaitu Datuk Abdul Muis Picho (Sebatik), Datuk Hamisa Samat (Tanjung Batu), Datuk Osman Jamal (Balung) dan Jamawi Jaafar (Kemabong) manakala dua lagi ADUN adalah daripada Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu ( UPKO) iaitu Ewon Benedict (Kadamaian) dan Datuk Abidin Madingkir (Paginatan).

Dalam pada itu, katanya Musa perlu sedar situasinya dan meletak jawatan sebagai ketua menteri kerana BN Sabah tidak mempunyai cukup majoriti untuk memerintah negeri ini. – BERNAMA

Tags: Shafie Apdal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Antara Dosa, Pahala Dan Jajaran

09/06/2022
0

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tetap mempertahankan pendedahannya mengenai Tan Sri Dato' Hj Mahiaddin Bin Hj....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd