• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Senarai Exco Johor Sebelum 15 Mei – MB Baharu

oleh Ahmad Albab
12/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor yang baharu dilantik, Datuk Osman Sapian akan memuktamadkan senarai barisan exco negeri itu sebelum 15 Mei ini bagi membolehkan ia dipersembahkan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Ditemui pemberita dalam sidang media hari ini, Osman menyatakan akan mengadakan rundingan bersama setiap pengerusi parti komponen Pakatan Harapan (PH) secepat mungkin bagi meneliti calon-calon exco yang sesuai.

Ini berikutan majlis angkat sumpah dalam kalangan exco akan diadakan pada 15 Mei di Istana Besar, di sini, disusuli dengan majlis angkat sumpah melibatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Dalam masa sama, beliau akan melantik Speaker dan Timbalan Speaker DUN Johor yang baharu.

“Kita perlu menyelesaikan semua ini sebelum bulan puasa.

“Kalau exco ini tidak dilantik bermakna kita tidak boleh melaksanakan kerja dan tanggungjawab kerana rakyat menunggu apakah perkara-perkara yang kita janji dalam manifesto akan dilaksanakan selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan negeri,” katanya di sini.

Ditanya mengenai pembahagian jawatan exco mengikut parti komponen PH, Osman berkata beliau hanya dapat memberi bayangan bahawa ia akan ‘adil’.

“Kita kalau ikutkan kemenangan (kerusi) susahlah nak bahagi. Jadi, kita mesti ada cara kompromi apabila bermesyuarat nanti.

“Mengenai portfolionya pula, asasnya tidak akan lari daripada porfolio yang telah diwujudkan di peringkat pusat cuma akan ada sedikit perubahan dengan saya sendiri akan memegang portfolio hasil bumi dan kewangan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan di bawah pentadbirannya, kerajaan negeri akan mengamalkan cara kepimpinan baharu selari dengan pendirian PH.

Ini termasuk akan mengehadkan perbelanjaan negeri dengan tidak mengambil pegawai-pegawai khas yang dirasakan ‘membazir’ sepertimana yang telah dilaksanakan kerajaan negeri, sebelum ini.

“Kita ada kakitangan sendiri. Kenapa perlu kita hendak menambah lagi perbelanjaan (untuk gaji pegawai khas). Itu semua perbelanjaan yang dibayar oleh kerajaan. Kita tidak hendak membazir,” katanya.

Selain itu, pihaknya tidak berhasrat meneruskan konsep Muafakat Johor yang digagaskan Menteri Besar terdahulu kerana akan menggantikannya dengan moto Harapan Johor.

“Namun, untuk idea Bangsa Johor, kita akan teruskan kerana kita sememangnya Bangsa Johor yang lahir di sini. Jadi, tiada silapnya dengan perkataan Bangsa Johor itu,” tegasnya. – BERNAMA

Tags: Osman Sapian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Osman Akan Dikebumikan Selepas Zohor

22/12/2021
0

JOHOR BAHRU: Jenazah bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas, di...

Osman Sapian Masih Ahli Bersatu – Hamzah

04/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian masih kekal sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd