• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Dapat Mandat Bentuk Kerajaan Negeri Perak

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pakatan Harapan (PH) Perak mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas berjaya memperoleh majoriti mudah 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mandat itu diperoleh setelah dua pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) memilih untuk menyertai PH.

Perkara itu disahkan Pengerusi PH Perak Ahmad Faizal Azumu.

“Tuanku Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berpuas hati dengan jumlah majoriti mudah yang diperoleh,” katanya kepada pemberita selepas menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta, di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH menang 29 daripada 59 kerusi DUN Perak.

Sebelum itu, Ahmad Faizal bersama 31 pemenang kerusi DUN termasuk dua daripada BN yang enggan didedahkan identiti mereka menghadap Sultan Nazrin Shah bagi membuktikan PH mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

Ahmad Faizal yang juga Pengerusi PPBM negeri tidak menolak kemungkinan lebih ramai wakil BN akan menyertai PH.

“Kita akan menubuhkan sebuah kerajaan yang mantap.Hentikan politik. Mulai sekarang kita tumpukan kepada pembangunan negeri dan perkhidmatan yang lebih sempurna,” katanya.

Ahmad Faizal bagaimanapun enggan mendedahkan tentang calon menteri besar Perak dan berkata senarai calon tersebut telah dibincangkan Majlis Presiden PH.

“Kita serahkan nama-nama calon menteri besar kepada tuanku,” katanya.

Pada PRU14 Rabu lepas, PH yang terdiri daripada PKR, DAP, PPBM dan Amanah menguasai 29 daripada 59 kerusi DUN manakala BN menang 27 dan PAS tiga kerusi. – BERNAMA

Tags: pakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim menolak tanggapan bahawa gelombang biru dan...

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh yakin PH akan bangkit dalam masa terdekat. Kata beliau,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd