• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan Jawatan Yang Difikirkan Tetapi Rakyat Sabah

oleh Ahmad Albab
11/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata fokus beliau kini ialah perjuangan untuk rakyat Sabah bukan memikirkan jawatan dalam kerajaan persekutuan.

“Pendirian saya tetap dan selari iaitu memperjuangkan rakyat Sabah dan bukan perjuangan peribadi. Saya memikirkan tentang rakyat Sabah, saya bukan memikirkan tentang jawatan sama ada untuk jadi menteri (apa-apa jawatan menteri), atau timbalan perdana menteri, itu bukan keutamaan saya.

“Yang penting landasan saya ketika ini adalah untuk berkhidmat kepada orang Sabah kerana saya tidak mahu kepercayaan yang diberikan kepada saya selama ini musnah,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di kediamannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada akan menerima jawatan ditawarkan di peringkat kerajaan persekutuan.

Shafie memenangi kedua-dua kerusi Parlimen (Semporna) dan Dewan Undangan Negeri (Senallang) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas, membolehkan beliau ke persekutuan sebagai menteri atau mengetuai kerajaan Sabah dengan sokongan gabungan parti negeri.

Dalam pada itu, Shafie berkata kepercayaan yang diberikan rakyat Sabah kepadanya selama ini menjadi ‘kejutan’ kepada Barisan Nasional (BN).

Parti Warisan pimpinan beliau memenangi 21 kerusi DUN daripada 60 yang dipertandingkan, PKR (2) dan DAP (6) manakala Barisan Nasional (UMNO-16, PBS-6, UPKO-5 dan PBRS-1) dan dua kerusi lagi dimenangi Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) 2, menyebabkan pembentukan kerajaan baharu Sabah tergantung pada awalnya. – BERNAMA

Tags: Shafie Apdal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Antara Dosa, Pahala Dan Jajaran

09/06/2022
0

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tetap mempertahankan pendedahannya mengenai Tan Sri Dato' Hj Mahiaddin Bin Hj....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd