• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Willie PKR Pelawa BN, Star Kerjasama Dengannya

oleh Ahmad Albab
10/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Calon PKR yang baru sahaja terpilih bagi kerusi Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin membuat pelawaan secara terbuka kepada anggota Barisan Nasional, PBDS Baru dan Parti Reformasi Negeri (STAR) untuk menjalin kerjasama dengan beliau dan Pakatan Harapan.

Beliau juga mahu semua pengundi di kawasan itu bekerja bersama-sama beliau untuk kebaikan rakyat dan Puncak Borneo.

“Kemenangan kami bukanlah kerana usaha kami tetapi adalah kehendak Tuhan, kemenangan bagi rakyat, kebangkitan pengundi di Sarawak.

“Saya juga meminta orang ramai agar tidak memanggil saya ‘Yang Berhormat’. Cukup sekadar ‘Willie’. Kami sangat berterima kasih atas semua yang telah anda sumbangkan semasa kempen kami melalui sumbangan wang dan sebagainya, sukarelawan dan doa,” katanya dalam mesej WhatsAppnya.

Willie memenangi kerusi Puncak Borneo selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Genot Sinel@Jeanoth Sinel dan calon STAR Buln Ribos dalam pertandingan tiga penjuru.

Beliau merampas kerusi majoriti Bidayuh itu dengan 4,005 undi majoriti. – BERNAMA

Tags: BNPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd