• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilafairy, Izara Aishah Rapat Sejak Di Bangku Sekolah

oleh
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUNGKIN masih ramai daripada kita tidak pernah tahu bahawa selebriti, Kilafairy dan Izara Aishah sudah saling mengenali sejak mereka berusia sembilan tahun.

Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan berkata dia mula berkawan dengan Izara ketika menuntut di sebuah sekolah rendah di USJ Subang, Petaling Jaya, Selangor.

“Kami berjumpa ketika di sekolah rendah tetapi hubungan terputus selepas Izara berpindah.

“Dipendekkan cerita, kira-kira empat tahun lalu kami bertemu semula apabila masing-masing sudah dewasa dan ceburi dunia seni. Sejak itu, kami jadi rapat hingga sekarang,” katanya dipetik BH Online.

Menurut anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu lagi, dia turut tertanya-tanya bagaimana mereka boleh menjadi sahabat baik atau mengikut istilah sekarang dipanggil sebagai ‘bestie’.

“Mungkin kami selesa kerana sudah kenal perangai masing-masing. Izara jujur dalam berkawan dan saya selesa di sampingnya.

“Benar Izara tampak lembut manakala saya berwajah garang. Namun, tahu tak, sebenarnya karakter kami berlawanan?

“Izara yang garang dan saya pula manja serta mengada-ngada. Jadi Izaralah yang doniman dan suka memanjakan saya,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai perasaan mengenai perkahwinan Izara dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid, dia mengakui tumpang gembira dan sentiasa mendoakan yang terbaik pasangan itu.

“Akhirnya jodoh kuat menyatukan mereka. Saya juga mahu ke arah itu. Pastinya bila ada jodoh, saya akan berkahwin,” katanya lagi.

Terdahulu, Izara pernah dipelawa beraksi dalam muzik video single terbaru Kilafairy berjudul Put the Mouth In bersama DJ Aku Ash.

Difahamkan, single berkenaan turut menampilkan artis antarabangsa, Sean Kingston dan turut dijayakan Joe Flizzow, Altimet serta Kaka Azraff. – MYNEWSHUB.CC/AM

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

30/10/2026
0

Oleh Mynewshub Dua Singapura dan satu Korea Selatan turut dinamakan JAKARTA: Di sebalik desakan sesetengah pihak di Indonesia yang menuding...

MB Negeri Sembilan Lancar Perpatih Fest 2026, Perkenalkan Keunikan Adat Perpatih

MB Negeri Sembilan Lancar Perpatih Fest 2026, Perkenalkan Keunikan Adat Perpatih

30/10/2026
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berharap Perpatih Fest 2026 terus berkembang sebagai acara warisan dan kebudayaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd