PENYANYI Shiha Zikir mengakui memang gemar menyunting foto menjadi lebih cerah daripada asal sebelum memuat naiknya ke dalam media sosial.
Bagaimanapun, Shiha menafikan dia tidak pernah menyunting bentuk fizikalnya semata-mata untuk kelihatan cantik dan menarik dalam gambar.
“Sejujurnya saya memang suka menyunting gambar tapi sekadar untuk menampakkan gambar itu lebih cerah.
“Sebab itu kalau ada orang komen cakap saya makin putih, saya mesti cakap hanya kesan suntingan yang lebih terang.
“Tapi saya tak akan ubah foto bentuk fizikal sampai nak kecilkan pinggang atau besarkan apa-apa,” kata Shiha dipetik mStar Online.

Kata Shiha, dia berasa lucu dan hanya mampu ketawa terutama ketika membaca komen-komen netizen yang mempunyai masa berfikiran negatif.
“Saya ada ternampak orang komen di foto saya itu tapi hanya biarkan sahaja. Tapi apabila periksa mesej peribadi di Instagram ada wanita berkata sebegitu pada saya.
“Saya hanya tergelak sebab ada masa juga dia nak fikir bukan bukan. Kalau betul memang ada orang suka sunting gambar, rasanya tak perlu masuk campur urusan orang itu.
“Tak perlu nak membawang dan tuduh orang macam-macam. Selagi perkara itu tidak ada kena mengena dengan anda,” ujarnya.
Pun begitu, Shiha berkata dia enggan melatah sebaliknya berharap agar masyarakat berhenti melemparkan kata-kata negatif terhadap orang lain.
“Saya harap sangat masyarakat Malaysia yang suka komen negatif itu berhenti daripada melakukan perkara itu.
“Kalau boleh, macam mana sekali pun jangan komen bukan-bukan sebab nanti macam mana nak minta maaf pada orang itu kalau apa yang dikatakan tidak betul.
“Mesti ada yang kata saya macam baik sangat saja tapi sebabkan kita ini tak baik itu yang rasa tak payah nak cakap bukan-bukan. Nanti kalau kita dah meninggal, macam mana nak minta maaf dengan orang itu,” katanya.

Shiha tiba-tiba menjadi perhatian apabila terdapat seorang netizen bertindak yang bertindak menegur mengenai bentuk tubuh badannya di salah sebuah foto milik penyanyi berkenaan.
Difahamkan, individu berkenaan mengatakan foto bentuk badannya pada bahagian pinggang dan dada kelihatan pelik malah tidak sesuai dengan dirinya. – MYNEWSHUB.CC/AM