• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shiha Nafi Sunting Gambar Untuk Ubah Bentuk Fizikal

oleh
10/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Shiha Zikir mengakui memang gemar menyunting foto menjadi lebih cerah daripada asal sebelum memuat naiknya ke dalam media sosial.

Bagaimanapun, Shiha menafikan dia tidak pernah menyunting bentuk fizikalnya semata-mata untuk kelihatan cantik dan menarik dalam gambar.

“Sejujurnya saya memang suka menyunting gambar tapi sekadar untuk menampakkan gambar itu lebih cerah.

“Sebab itu kalau ada orang komen cakap saya makin putih, saya mesti cakap hanya kesan suntingan yang lebih terang.

“Tapi saya tak akan ubah foto bentuk fizikal sampai nak kecilkan pinggang atau besarkan apa-apa,” kata Shiha dipetik mStar Online.

Kata Shiha, dia berasa lucu dan hanya mampu ketawa terutama ketika membaca komen-komen netizen yang mempunyai masa berfikiran negatif.

“Saya ada ternampak orang komen di foto saya itu tapi hanya biarkan sahaja. Tapi apabila periksa mesej peribadi di Instagram ada wanita berkata sebegitu pada saya.

“Saya hanya tergelak sebab ada masa juga dia nak fikir bukan bukan. Kalau betul memang ada orang suka sunting gambar, rasanya tak perlu masuk campur urusan orang itu.

“Tak perlu nak membawang dan tuduh orang macam-macam. Selagi perkara itu tidak ada kena mengena dengan anda,” ujarnya.

Pun begitu, Shiha berkata dia enggan melatah sebaliknya berharap agar masyarakat berhenti melemparkan kata-kata negatif terhadap orang lain.

“Saya harap sangat masyarakat Malaysia yang suka komen negatif itu berhenti daripada melakukan perkara itu.

“Kalau boleh, macam mana sekali pun jangan komen bukan-bukan sebab nanti macam mana nak minta maaf pada orang itu kalau apa yang dikatakan tidak betul.

“Mesti ada yang kata saya macam baik sangat saja tapi sebabkan kita ini tak baik itu yang rasa tak payah nak cakap bukan-bukan. Nanti kalau kita dah meninggal, macam mana nak minta maaf dengan orang itu,” katanya.

Shiha tiba-tiba menjadi perhatian apabila terdapat seorang netizen bertindak yang bertindak menegur mengenai bentuk tubuh badannya di salah sebuah foto milik penyanyi berkenaan.

Difahamkan, individu berkenaan mengatakan foto bentuk badannya pada bahagian pinggang dan dada kelihatan pelik malah tidak sesuai dengan dirinya. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Shiha Zikir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Alasan Shiha Guna Khidmat Model Lelaki Tanpa Baju

16/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Tidak sampai 24 jam melancarkan klip video bagi single terbaharunya, Pipiyama, penyanyi Shiha Zikir menerima kecaman daripada...

Shiha Zikir Minta Bakat Muda Jangan Mudah Putus Asa

21/06/2018
0

PENYANYI Shiha Zikir mengakui berasa terkilan dengan segelintir bakat muda sanggup mensia-siakan peluang berharga apabila dilihat mudah mengalah ketika berdepan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd