• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakat Dipersoal, Popular Mendadak Buat Eyra Bimbang

oleh
10/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS kejayaan drama rantaian Mr. Grey, populariti mendadak yang dicapai oleh pelakon utama drama berkenaan, Eyra Hazali membuatkan gadis muda itu berasa agak bimbang.

Baca: Lakonan Diterima, Loghat Utara Angkat Nama Eyra

Namun gadis berusia 19 tahun itu mempercayai bahawa segala perhatian yang telah diterimanya merupakan rezeki daripada Yang Maha Kuasa walaupun sudah menjadi anak seni selama bertahun-tahun lamanya.

“Jujurnya, saya tidak mampu menyembunyikan rasa takut dengan populariti segera yang diraih kini. Saya juga bimbang jika ada pihak yang akan terus letak harapan menggunung selepas ini.

“Pada masa sama, tidak kurang yang memberikan tempoh tertentu untuk saya menikmati kemanisan detik ini. Kononnya, ia akan cepat berlalu.

“Saya pula percaya, semua yang tertulis ini adalah bahagian saya, selepas sekian lama berkongsi bakat seni,” kata Eyra dipetik daripada portal BH Online.

Bagaimanapun, gadis kelahiran ibu kota itu enggan termakan dengan kata-kata negatif yang mungkin boleh mengganggu konsentrasinya dalam berkarya.

Dia turut akan terus berusaha dalam memberikan yang terbaik dalam setiap lakonan yang ditunjukkan.

Dalam masa sama, ada juga suara sumbang yang mempertikaikan keredibiliti Eyra kerana kemampuannya untuk menjadi pelakon utama ketika usia muda bersama produksi Global Station.

“Daripada ratusan komen yang diterima, adalah satu atau dua yang bersifat negatif. Mereka mempertikaikan usia saya yang masih muda untuk menjadi heroin.

“Bagi mereka, watak Nisa Ardina patut diserahkan kepada pelakon lain. Saya tidak terkesan dengan komen sedemikian dan percaya pada rezeki. Biasalah, bukan semua orang akan suka kita,” ujarnya lagi.

Selepas kejayaanya dalam drama Mr. Grey gandingan bersama Fendy Bakry, Eyra telah terlibat dalam penggambarann filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda di bawah terbitan A Aida Production.

“Alhamdulillah, jadual kerja saya padat sehingga Oktober depan. Buat waktu ini, memang tiada masa untuk saya berehat.

“Begitupun, saya tidak mengeluh, sebaliknya menganggap inilah masa terbaik untuk bekerja keras selagi khidmat saya diperlukan,” tambahnya. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: EYRA HAZALI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fendy Pelakon Hebat, Eyra Doakan Kesihatan ‘Mr. Grey’

29/04/2018
0

BERIKUTAN berita mengejut tentang tahap kesihatan pelakon utama drama Mr Grey, Fendy Bakry yang semakin merosot, pelakon gandingannya, Eyra Hazali...

Lakonan Diterima, Loghat Utara Angkat Nama Eyra

24/04/2018
0

MESKIPUN sudah hampir 10 tahun menjadi anak seni, kini pelakon manis Erya Hazali mula dikenali ramai selepas lakonannya yang semula...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd