• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuma Dapat 90 Undi, Diva AA Tetap Jamu Rendang

oleh Ahmad Albab
10/05/2018
dalam Artis, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CALON Bebas, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang bertanding kerusi DUN Bukit Antarabangsa hanya mampu memperoleh 90 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pertembungan lima penjuru bagi DUN berkenaan menyaksikan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga penyandang kerusi itu berjaya mengekalkan kemenangan dengan majoriti 25,512 undi.

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Bahagian Ampang, Abd Hamid Hussain selepas selesai proses penjumlahan undi bagi semua 19 pusat mengundi dalam DUN berkenaan.

Azmin memperoleh 30,892 undi, Salwa Yunus (BN-5380), Sharifah Hazlizah Syed Ariffin (PAS -2311) dan Ahmad Kamarudin (PRM -116).

Bagaimanapun, Azwan tidak kelihatan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Dato’ Ahmad Razali, malam tadi.

Azwan ketika dihubungi berkata, beliau sudah melakukan yang terbaik dan menghormati apa sahaja keputusan yang dibuat oleh rakyat.

“Siapa pun yang memimpin negara, ‘biaq pi’… yang penting kita semua sudah melalui peristiwa warna-warni sepanjang PRU14.

“Dan paling penting, Diva AA tetap akan menunaikan janji untuk membelanjakan rendang kepada pengundi kawasan itu,” katanya.

Selebriti kontroversi itu berkata, beliau percaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa mengira undi.

“Jadi tak perlulah pertikaikan ketelusan mereka menjalankan tugas, cara pengiraan atau terdapat penipuan.

“Ingat pada Allah selalu, insya-Allah kita akan berjaya di dunia dan akhirat,” katanya. – myMetro Online

Tags: Azwan AliPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

Azwan Ali Umum ‘Bersara’, Tak Bertanding PRN Sebab Kecewa

Azwan Ali Umum ‘Bersara’, Tak Bertanding PRN Sebab Kecewa

29/07/2023
0

PETALING JAYA : Sering muncul dalam beberapa siri pilihan raya atas tiket bebas, selebriti kontroversi, Azwan Ali mengumumkan sudah ‘bersara’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd