• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SKMM Ambil Tindakan Berhubung Panggilan Spam

oleh Ahmad Albab
09/05/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta penyedia perkhidmatan sedang menjalankan siasatan berhubung panggilan spam yang diterima oleh calon-calon Pilihan Raya Umum ke-14 hari ini.

Suruhanjaya itu berkata tindakan tegas yang diperuntukkan oleh undang-undang akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab apabila mereka dikenal pasti.

“MCMC menerima aduan daripada kedua-dua pihak bertanding yang menerima panggilan telefon serta panggilan terputus hari ini.

“Siasatan awal kami mendapati ia sebab teknikal daripada serangan BOTS yang dilancarkan oleh pihak tidak dikenali dari pelbagai sumber dengan sasaran berbeza tanpa mengambil kira parti politik,” kata MCMC dalam kenyataan di sini.

Sehubungan itu, suruhanjaya berkenaan menggesa pihak terbabit menghentikan serangan teknikal sedemikian pada kadar segera kerana ia boleh membahayakan rangkaian telekomunikasi sekali gus menyusahkan orang ramai selain menimbulkan risiko keselamatan.

Pada masa sama, MCMC menasihati mereka yang menerima panggilan sedemikian agar tidak menjawabnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengecam taktik panggilan spam daripada nombor antarabangsa yang diterima oleh ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN turut mengarahkan tindakan segera berhubung perkara itu diambil.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata serangan gaya baharu itu menyasarkan kebanyakan telefon dan e-mel utama calon Pakatan Harapan.

Selain pemimpin politik, pegawai kanan kerajaan seperti Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun turut menjadi sasaran. – BERNAMA

Tags: panggilan spamSKMM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd