• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ozlyn Wati Berjaya Kurus Kerana Air Akar Kayu

oleh Ahmad Albab
02/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Ozlyn Wati yang juga isteri kepada Johan (Raja Lawak) memberitahu dia berjaya mengurangkan berat badannya ke bentuk asal iaitu 55 kilogram hanya dalam masa dua bulan selepas mengamalkan minum air akar kayu semasa berpantang.

Ozlyn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 34, berkata, setiap hari dia akan mengambil segelas air herba itu pada waktu pagi dan masih mengamalkannya biarpun telah melepasi tempoh berpantang selama 44 hari.

Mula-mula memang rasa loya dan tidak tahan dengan baunya tetapi lama-lama sudah terbiasa dan Alhamdulillah berat badan turun dengan ketara.

“Alang-alang sudah terbiasa minum air akar kayu saya terus amalkan sehingga sekarang,” katanya kepada mStar Online.

Ozlyn melahirkan anak keempatnya iaitu Nur Latifah Chantiq Hanania pada 25 November lalu.

Dalam pada itu, Ozlyn berkata, selain berjaya mengurangkan berat badan, kebaikan mengamalkan pengambilan air akar kayu turut menghilangkan selulit yang terdapat pada badannya selepas bersalin.

Malah ia membantu proses penghadaman selain membuatkan dia lebih bertenaga dalam melakukan aktiviti seharian.

“Selepas bersalin, tanda bersalin dan selulit pada bahagian perut sangat teruk tetapi sekarang ia sudah tiada dan kembali kepada keadaan asal,” ujarnya.

Sementara itu, Ozlyn berkata, dia masih belum bersedia untuk kembali aktif dalam bidang seni memandangkan tanggungjawab sebagai ibu kepada empat cahaya mata semakin berat.

Bagaimanapun dia akan menerima undangan lakonan sekiranya ia tidak melibatkan waktu penggambaran yang terlalu panjang.

“Rindu tu memang rindu tetapi keluarga dan anak-anak harus diutamakan. Insya-Allah kalau anak-anak sudah besar sikit nanti boleh aktif kembali,” katanya. – mStar Online

Tags: Artispelakon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd