• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KAWAN Mahu Bantu PM Cari 40,000 Undi Majoriti

oleh AK-47
08/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Program ‘Moh Balik Ngundi Weh’ anjuran Kelab Anak Wawasan Pekan (KAWAN) berjaya membawa pulang lebih 2,400 pengundi luar iaitu yang berada di kawasan Lembah Klang untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) esok.

Presiden KAWAN, Ibrahim Ali berkata, sebanyak 190 buah kereta, lebih 50 motosikal berkuasa besar serta empat buah bas berlepas dari Kuala Lumpur kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Menurutnya, selain itu sebanyak 13 buah bas disediakan di seluruh negara dan seramai 800 orang mahasiswa turut pulang untuk mengundi esok.

“Konvoi ini adalah satu inisiatif untuk membawa pulang seberapa ramai pengundi di Parlimen Pekan dan empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Pekan yang bekerja serta belajar di luar negeri Pahang.

“Ia juga merupakan hasrat untuk membantu merealisasikan sasaran majoriti lebih 40,000 undi yang diletakkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga penyandang kerusi Parlimen Pekan.

“Begitu banyak jasa beliau kepada orang Pekan, jadi inilah masanya untuk kita membalas budi dan pengorbanan beliau yang tidak pernah putus membantu rakyat khususnya anak Pekan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Pada PRU13, Najib memperoleh 35,613 undi majoriti.

Katanya perjalanan pulang semua ahli konvoi turut menerima sambutan hangat daripada anak muda di Pekan.

Sebanyak 150 buah motosikal turut berkonvoi dari Kampung Ubai ke destinasi akhir iaitu tapak gerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan yang terletak berhadapan Taman Sri Maulana di sini. – BERNAMA

Tags: Datuk Ibrahim AliDatuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd