• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Polis Kedah Terima 91 Laporan 2 Tangkapan

oleh AK-47
08/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis Kedah menerima 91 laporan yang membabitkan dua tangkapan di seluruh negeri ini sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sejak 28 April lepas.

Daripada jumlah itu, sebanyak 36 laporan membabitkan kejadian merosakkan bendera, poster dan kain rentang parti; lapan laporan membabitkan kesalahan mengikut Akta Anti Berita Tidak Benar 2018; pencerobohan jenayah (10); kacau ganggu (3) dan laporan berkaitan hal-hal lain mengenai pilihan raya (34).

Pegawai Perhubungan Media PRU14 Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kedah ACP Ab Rahaman Arsad berkata pihaknya membuka 16 kertas siasatan bagi kes yang melibatkan kerugian agak besar dan mempunyai sebab untuk meneruskan siasatan.

“Secara keseluruhannya, situasi keselamatan di Kedah setakat ini adalah tenang dan terkawal tanpa sebarang insiden yang menggugat keselamatan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata dua tangkapan itu membabitkan kes khianat terhadap bendera parti di Kulim dan ugutan jenayah di Kota Setar tetapi kedua-dua tertuduh yang berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ab Rahaman berkata sepanjang tempoh berkempen PRU14, sebanyak 829 ceramah diadakan di Kedah dengan Barisan Nasional (BN) mengadakan 534 ceramah, PKR (193) dan PAS (102).

Bagi memastikan proses pengundian esok berjalan lancar, beliau berkata Polis Kedah menugaskan seramai 4,463 pegawai dan anggota termasuk 1,102 orang yang akan membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjaga pusat dan saluran mengundi di negeri ini.

“Untuk meningkatkan kesiapsiagaan polis Kedah sepanjang pengundian dan penjumlahan undi serta keputusan, kami akan dibantu oleh satu unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), satu unit ‘water cannon’, dua Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU) dan 20 unit Light Strike Force selain Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Cawangan Khas Bukit Aman,” katanya.

Beliau berkata Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kedah turut menempatkan sejumlah pegawai dan anggota serta menyediakan pasukan ‘Jammed Squad’ bagi memastikan kelancaran aliran trafik khususnya di lokasi pusat mengundi dan pusat penjumlahan undi.

Bagi masalah lalu lintas, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah atau Bilik Operasi JSPT di talian 04-7741399/04-7328722.

Dalam pada itu, Ab Rahaman menasihati para pengundi dan penyokong parti politik yang bertanding untuk mematuhi undang-undang pilihan raya dan mengikut arahan pegawai polis yang bertugas dengan tidak mencetuskan provokasi yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam sepanjang proses pengundian dan penjumlahan undi.

“Polis tidak membenarkan sebarang perarakan oleh mana-mana parti politik untuk meraikan kemenangan. Penggunaan dron dan peralatan yang boleh mengeluarkan bunyi juga tidak dibenarkan sepanjang proses pengundian berlangsung terutamanya di pusat penjumlahan undi,” katanya. – BERNAMA

Tags: PRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd