• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Maut Perjalanan Balik Mengundi Pertama Kali

oleh
09/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AJAL… Seorang pelajar universiti menemui ajal di Jalan Kota Bharu-Machang berhampiran Kem Desa Pahlawan Kok Lanas, Bachok ketika dalam perjalanan balik mengundi buat pertama kali.

Mohd Fadzil, 23, yang menuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan maut dalam perjalanan ke Kampung Baru, Beris Lalang sekitar jam 6 pagi ketika kereta dinaikinya terbabit dalam kemalangan.

Ibunya, Wan Azura Wan Hassan, 44, memberitahu arwah yang merupakan pelajar tahun akhir di USIM sangat teruja untuk mengundi buat pertama kali.

“Arwah juga sepatutnya tamat belajar bulan depan sebelum menjalani pratikal dan menamatkan pengajian di USIM. 

“Kali terakhir saya bercakap dengan arwah petang semalam, dia (arwah) kata nak balik mengundi, tapi dia juga ada cakap ‘pelik’ apabila kata tak nak balik kerap,” katanya pada Harian Metro.

Dia turut tidak jangka bahawa mimpi aneh malam sebelum kejadian apabila melihat seorang anak saudara datang mengemas rumah sehingga bersih merupakan petanda kehilangan anak ketiganya daripada sembilan beradik itu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, mangsa bersama rakannya yang juga pemandu Proton Persona, Mohammad Huzaimy Hasbullah, 27, baru sahaja melalui Jalan Kota Bharu-Machang.

Menurutnya, kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan melanggar sebatang pokok. Kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa yang berada di tempat duduk hadapan penumpang tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta mengalami cedera ringan,” ujarnya.

Jenazah allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gong Nibong Ulu, Beris Lalang pada 2.30 petang semalam.

Orang ramai dinasihatkan memeriksa kenderaan terlebih dahulu sebelum pulang mengundi dan memandu dalam keadaan berhati-hati bagi elak kemalangan dan perkara tidak diingini berlaku. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

*Video sekadar hiasan…

Tags: mautmengundipelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd