• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lama Termenung, Erwin ‘Korban’ Rambut Demi Kerja

oleh
08/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAMBUT merupakan aset bagi seseorang, lebih-lebih lagi jika mereka merupakan seorang selebriti yang menjadikan rambut sebagai ‘mahkota’ di hadapan kata televisyen.

Pelakon Erwin Dawson mengakui bahawa keputusannya untuk membotakkan rambut bukanlah satu perkara yang mudah sehingga menyebabkan dia duduk termenung memikirkan pengorbanannya itu.

“Banyak perkara berlegar di fikiran, terutama apabila memikirkan soal keyakinan diri. Bagaimana saya akan berdepan orang ramai kerana sudah lama saya tidak membotakkan kepala?” katanya dipetik portal BH Online.

Malah, tempoh seminggu sebelum dia membotakkan kepalanya, dia masih memikirkan tentang keputusan itu.

Sekitar Februari lalu, pelakon kelahiran Singapura itu turut  berasa janggal dengan imej baharunya sehingga memerlukan dia membiasakan diri selama beberapa ketika.

“Selepas lebih dua bulan, saya semakin selesa. Saya percaya, apa yang dilakukan ini akan memberikan pulangan yang berbaloi untuk perjalanan kerjaya saya nanti,” ujarnya lagi.

Sebab utama pelakon berusia 29 tahun itu mengorbankan mahkotanya ialah demi menjayakan drama siaran ntv7 berjudul Nafas sebagai seorang penghidap kanser bernama Amar.

Keputusan yang dibuat itu sangat berat buatnya sejak pertama kali dimaklumkan oleh pihak produksi sehingga membuatkan dia termenung jauh.

Bagaimanapun, sebagai pelakon yang sedang membina nama di Malaysia, pelakon drama Tiada Arah Jodoh Kita itu tetap nekad untuk membotakkan kepalanya demi mewarnai portfolio kerjayanya.

“Kali terakhir saya botakkan kepala ketika umur 18 tahun untuk menyertai Khidmat Negara di Singapura. Bayangkan lebih 11 tahun, baru saya kembali dengan imej itu.

“Memang pada permulaan agak kekok menyesuaikan diri. Selalu saya pujuk diri, lambat-laun rambut akan tumbuh kembali,” tambahnya lagi.

Drama Nafas yang mempunyai 24 episod itu bakal menemui penonton pada 11 Mei ini bersiaran pada setiap Isnin hingga Jumaat pukul 8:30 malam.

Ia turut dibarisi oleh pelakon lain antaranya ialah Kilafairy, Cristina Suzanne, Thanuja Ananthan, Fahad Iman, Sarah Hildebrand dan ramai lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: ERWIN DAWSONNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Kata Negeri Sembilan ‘Next’

Netizen Kata Negeri Sembilan ‘Next’

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Netizen mula menyasarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan untuk mengulangi keputusan PRN...

Talkin Pilihan Raya Keterlaluan, Persenda Talkin Jenazah – Netizen

Talkin Pilihan Raya Keterlaluan, Persenda Talkin Jenazah – Netizen

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Tindakan bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memuat naik rakaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd