• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sembilan Hari Lipas Tinggal Dalam Telinga

oleh AK-47
08/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NGERI… Seorang wanita di Florida, Amerika Syarikay mengalami pengalaman ngeri selepas telinganya dimasuki lipas selama sembilan hari sebelum keseluruhan serangga itu dikeluarkan.

Katie Holley yang menulis pengalaman itu dalam majalah SELF berkata, kira-kira sebulan lalu dia bangun pada tengah malam selepas berasa seperti seseorang cuba memasukkan ais ke dalam lubang telinga kirinya.

Dia kemudian memasukkan putik kapas ke dalam telinganya dan berasa seperti ada pergerakan.

“Selepas menarik keluar putik kapas terbabit, saya menemui dua ‘kaki’ yang sangat kecil melekat di hujungnya. Saya meminta suami membantu memeriksanya dan mendapati terdapat lipas di telinga saya,” tulisnya.

Malangnya, serangga itu sukar dikeluarkan menyebabkan Katie terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.

Di hospital, doktor menyapu ubat kebas di telinganya untuk membunuh lipas berkenaan sebelum mengeluarkan tiga bahagian badan serangga itu. Dia pulang ke rumah selepas doktor memberikan ubat antibiotik.

Bagaimanapun, selepas sembilan hari Katie masih berasa sakit di telinga dan berjumpa semula dengan doktor yang kemudian mengeluarkan enam lagi bahagian badan lipas terbabit.

Katie dirujuk kepada pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) untuk memastikan tiada lagi sisa yang tertinggal.

“Lebih mengejutkan apabila pakar terbabit mengesahkan masih terdapat sisa serangga itu di dalam telinga saya.

“Dengan menggunakan peralatan yang kelihatan seperti gunting besar, pakar terbabit mengeluarkan kepala, anggota badan lain dan sesungut,” tulisnya. – myMetro Online

Tags: lipastelinga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Tiada Gadis Yang Hot Seperti Lisa”

03/02/2019
0

SEORANG pemuda membuat pendedahan bahawa dia telah menjalinkan hubungan bersama seekor lipas bernama Lisa selama setahun. Yuma Shinohara yang berusia...

Jijik! Puluhan Lipas ‘Sorok’ Dalam Telefon

10/01/2019
0

HARI ini, jarang sekali melihat rumah mempunyai telefon talian tetap. Kebanyakan orang menggunakan telefon pintar malah boleh membuat panggilan video...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd