• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lepas 11 Tahun, Sasha Bagi Nafas Baru Pada Album Lama

oleh
08/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS hampir 11 tahun album Kerana Cinta nyanyian Sasha Saidin dihasilkan, kini dia sekali lagi memutuskan untuk memasarkannya semula secara digital.

Menurut Sasha yang juga merupakan bekas kumpulan Elite itu turut mempercayai bahawa lagu yang dihasilkan oleh barisan komposer hebat sepertu DJ Uno, Amir dan Zain Ruffedge bersama dengan Tukang Kata kumpulan Ahli Fikir itu mampu untuk menarik perhatian pendengar masa kini.

“Selain komposer terbabit, ada juga lagu yang dicipta karyawan Indonesia,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Sasha berasa berbesar hati untuk berkongsi tentang sejarah pembikinan album tersebut yang diadakan pada sekitar tahun 2007 yang lalu.

Tambahnya, album berkenaan pada asalnya hanya dimulakan sebagai projek kecil sahaja.

“Ketika mula dilancarkan dalam format cakera padat, saya anggap ia sebagai projek kecil. Pada mulanya, hanya beberapa single yang hendak dipromosikan. Namun, akhirnya ia menjadi album penuh,” ujarnya lagi.

Malah, antara faktor utama selain masa yang dianggap tidak sesuai, masalah cetak rompak turut menjejaskan penjualan fizikal album tersebut pada ketika itu.

Selain itu, ketika tahun 2007, kakak kepada pelakon Zain Saidin itu turut telah berpindah ke Indonesia selepas mendirikan rumah tangga, sekali gus menyukarkan usaha promosi album.

“Ramai juga yang suka dengan lagu Jatuh Cinta... Jadi peminat sekarang boleh memuat naik album ini melalui platform penstriman terpilih.

“Video muzik lagu Jatuh Cinta juga boleh ditonton di YouTube. Begitu juga dengan nada dering lagu itu,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, album Kerana Cinta bakal memuatkan sebanyak 10 buah lagu dengan lirik dan lima lagi lagu yang dihasilkan olehnya sendiri.

Selepas mendirikan rumah tangga selama tiga tahun bersama dengan pilihan hatinya iaitu, Salyo Priyanto Nutosoemarsono, mereka telah bercerai talak satu pada tahun 2010.

Bagaimanapun, perkahwiann itu merupakan perkahwinan keduanya selepas turut bercerai bersama bekas suami petama iaitu Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner paada tahun 2003, rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat tahun sahaja sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.

Kini, Sasha telah dikurniakan seorang cahaya mata hasil perkahwinannya bersama dengan Salyo iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: NetizenSasha Saidin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

15/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Sekeping gambar memaparkan seorang lelaki berdiri sendirian di tepi jalan sambil memegang plakad Barisan Nasional...

Netizen Kata Negeri Sembilan ‘Next’

Netizen Kata Negeri Sembilan ‘Next’

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Netizen mula menyasarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan untuk mengulangi keputusan PRN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd