• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Biar Pembangkang Ketepi Kerja Keras Rakyat

oleh Ahmad Albab
08/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kemajuan ekonomi negara adalah hasil kerja keras semua rakyat Malaysia dan pembangkang tidak harus dibenar mengetepikan pencapaian itu dengan mengatakan ia tidak wujud, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sebanyak 2.7 juta pekerjaan. Pertumbuhan purata sebanyak 5.4 peratus sejak 2010, yang ekonomi maju dunia hanya boleh harapkan,” katanya.

Najib berkata, Pendapatan Negara Kasar meningkat lebih 50 peratus, yang merupakan peningkatan besar dalam kekayaan negara dan ini menjelaskan mengapa Tabung Kewangan Antarabangsa memuji negara ini yang berada dalam kedudukan baik untuk mencapai status berpendapatan tinggi.

“Ini adalah pencapaian semua rakyat Malaysia dan jangan biarkan sesiapa memberitahu anda sebaliknya.

“Jangan biarkan pembangkang mengetepikan pencapaian itu dengan mengatakan mereka tidak wujud atau membuat dakwaan liar bahawa negara di ambang bankrap,” kata Najib dalam satu artikel bertajuk: “Pilihan Yang Betul untuk Menjadikan Malaysia Lebih Hebat” di sini, hari ini.

Perdana Menteri turut menyifatkan kalangan pembangkang hanya bersuara atas dasar mengkritik semata-mata tetapi tidak menawarkan sebarang penyelesaian dan hanya melontarkan janji yang mereka sendiri maklum tidak mungkin mampu dipenuhi.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, sebagai contoh, pembangkang mendakwa mahu memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) namun sehingga kini belum menyatakan sebarang cadangan untuk menggantikan hasil RM43 bilion yang dikutip pada tahun lepas.

“Tindakan memperkenalkan GST itu adalah antara keputusan paling sukar yang saya ambil. Saya sedar ini akan membawa kepada kenaikan beberapa harga barangan dan perkhidmatan dan memberi kesukaran kepada segelintir rakyat Malaysia.

“Bagaimanapun hakikatnya, tanpa GST ekonomi akan menjadi terlalu bergantung kepada harga minyak.

“Ini merupakan sesuatu di luar kuasa kita dan sebarang kejatuhan harga minyak, sebagaimana yang pernah dilalui beberapa tahun lepas, boleh membawa kemelesetan dan menyebabkan rakyat sengsara.

“GST sebaliknya menjadikan kita bebas dan stabil dari segi fiskal. Walaupun mungkin wujud keperitan jangka pendek, saya beri jaminan bahawa manfaatnya adalah bersifat jangka panjang dan dirasai pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Perdana Menteri berkata, pada masa ini misalnya, pembangkang turut mengancam untuk membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

“Jika mereka membatalkan projek yang dijangka dapat mewujudkan 86,000 pekerjaan, bayangkan apa yang bakal terjadi kepada generasi muda di negeri-negeri terbabit?

“ECRL adalah contoh pelaburan besar yang telah diperjuangkan oleh kerajaan. Jika kita memutuskan untuk membatalkan ECRL, maka China juga boleh menghentikan pembelian minyak sawit dari Malaysia dan menjejaskan pekebun kecil Felda,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd