• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lori ‘PKR’ Lari Roadblock, Polis Lepaskan Tembakan

oleh AK-47
08/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH lori muatan berlebihan yang enggan melalui pemeriksaan polis terpaksa dilepaskan beberapa das tembakan dalam kejadian berhampiran sebuah pangsapuri di USJ1, Subang Jaya, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, lori terbabit yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 27 tahun malah nyaris melanggar seorang anggota polis selain melanggar 15 kenderaan lain yang diletakkan di sekitar kawasan pangsapuri berkenaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari, berkata anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang cuba mengejar lori berkenaan yang datang dari arah Batu 9, Kajang.

Namun pemandunya bertindak nekad dengan terus memecut kenderaan berat itu hingga ke sebuah kawasan perumahan di USJ1.

Beliau berkata, anggota terbabit seterusnya meminta bantuan IPD Subang Jaya yang mengerah enam kereta peronda polis (MPV) dan dua anggota dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) ke lokasi kejadian.

“Anggota MPV yang cuba menahan lori itu kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kenderaan terbabit. Namun, pemandunya masih terus memecut lori itu,” katanya seperti yang dipetik laporan portal Harian Metro.

Beliau berkata, tindakan melulu lelaki berkenaan menyebabkan lori dipandunya melanggar 15 kenderaan diletakkan di sekitar kawasan flat terbabit.

“Bagaimanapun, lori itu hilang kawalan sebelum terbabas di kawasan berhampiran flat berkenaan. Orang awam yang melihat kejadian itu bertindak menahan dan membelasah suspek sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.

“Anggota yang tiba di lokasi kejadian kemudian membawa suspek ke IPD Subang Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kejadian lori terbabit yang dikejar polis itu turut tular di media sosial melalui beberapa rakaman video yang dirakam saksi kejadian.

Dalam rakaman video berdurasi 37 saat itu, jelas kelihatan lori terbabit yang meletakkan bendera sebuah parti politik di bahagian hadapannya, masih memecut walaupun anggota polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kenderaan itu.

Mohamad Azlin berkata, siasatan dan tindakan sedang diambil pihak polis atas kesalahan trafik serta jenayah sekiranya ada.

Sementara itu, orang ramai dinasihatkan tidak mengeluarkan komen negatif berhubung kejadian itu yang tiada kena-mengena dengan politik. – MYNEWSHUB.CC

Tags: loripolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

Lelaki Maut Tersepit Dalam Lori 

Lelaki Maut Tersepit Dalam Lori 

23/03/2026
0

JERAM, 23 Mac – Seorang lelaki maut dalam keadaan tragis selepas tersepit di dalam sebuah lori yang terlibat dalam kemalangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd