• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Dalam Negeri Pakistan Cedera Ditembak

oleh AK-47
08/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISLAMABAD – Menteri Dalam Negeri Pakistan, Ahsan Iqbal, cedera ditembak dalam satu percubaan membunuh beliau semasa satu perhimpunan di wilayah Punjab pada Ahad, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis tempatan.

Pegawai polis daerah Narowal, Imran Kishwar, berkata menteri itu kemudian dikejarkan ke hospital berhampiran di mana beliau menjalani pembedahan awal sebelum dipindahkan ke sebuah hospital di Lahore menggunakan sebuah helikopter.

Ahsan Iqbal, 59, dilaporkan sudah melepasi tahap bahaya. Satu das tembakan kedengaran sejurus selepas Ahsan menamatkan ucapan beliau semasa menghadiri perhimpunan di kampung halamannya, Kanjrur.

‘’Seorang penyerang melepaskan tembakan dari jarak 10 hingga 12 meter dan terkena tangan kanan menteri itu. Polis telah menahan seorang suspek berusia 22 tahun tidak lama selepas kejadian itu,’’ kata Kishwar.

Parti-Parti politik Pakistan mengutuk sekeras-kerasnya insiden itu dan menggesa kerajaan memastikan keselamatan ahli politik serta rakyat biasa.

Insiden itu menyaksikan anggota parti pemerintah, Liga Islam Pakistan-Nawaz, turun ke jalan-jalan di beberapa bandar dan melancarkan demonstrasi.

Perdana Menteri Pakistan, Shahid Khaqan Abbasi, mengutuk serangan itu dan mengarahkan polis menjejaki mereka yang bertanggungjawab melakukan tindakan ganas tersebut.

Agensi keselamatan telah memaklumkan Iqbal mengenai kemungkinan beliau diserang, kata media tempatan.

Laporan itu bagaimanapun tidak disahkan oleh pegawai kerajaan.

Iqbal merupakan antara perancang utama golongan elit politik Pakistan.

Selain Menteri Dalam Negeri, beliau menyandang jawatan Menteri Perancangan, Pembangunan dan Pembaharuan. – BERNAMA

Tags: Ahsan Iqbalcedera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Anggota tentera yang cedera ketika latihan persembahan payung terjun di Melaka mengalami retakan hals pada tulang leher dan...

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

28/12/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki cedera di muka selepas dipukul menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd