PARLIMEN Kota Belud bertuah kerana diwakili Datuk Abdul Rahman Dahlan pada penggal yang lepas.
Pada Jun 2016, beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Unit Perancangan Ekonomi.
Sebelum itu, selepas Pilihan Raya Umum ke-13, Abdul Rahman dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menunjukkan kepercayaan yang tinggi Perdana Menteri padanya.
Dalam tempoh satu penggal mewakili Kota Belud, Abdul Rahman telah membawa banyak kemajuan dari segi infrastruktur untuk aktiviti sosial dan ekonomi, merancakkan lagi pembangunan di Kota Belud.
Kota Belud dan negeri Sabah amat bertuah diwakili oleh Abdul Rahman dalam Kabinet, yang menjadi penghubung menyampaikan suara rakyat Sabah kepada kepimpinan negara.

Pembangunan di negeri Sabah juga dibantu dengan kehadiran Abdul Rahman di dalam Kabinet.
Abdul Rahman dilihat sebagai pemimpin yang berpotensi untuk lebih maju memikul peranan kepimpinan sebagai menteri dan dalam parti.
Beliau menjadi satu anugerah dari Sabah untuk negara, di samping memberi kelebihan kepada keseluruhan rakyat Sabah hasil keberadaannya di Parlimen dan Kabinet.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kali ini, Abdul Rahman telah diamanahkan bertanding di kawasan Sepanggar, kawasan yang baharu baginya.
Berbekalkan rekod cemerlang di Kota Belud, beliau berharap untuk memperoleh kejayaan dalam PRU14 ini dan berkhidmat untuk warga Sepanggar.
Berikut ialah senarai pencapaian cemerlang Abdul Rahman di Kota Belud:
1. Perumahan
– Membina 1,000 unit rumah mampu milik PPR untuk rakyat
2. Pendidikan
– Pembinaan politeknik Kota Belud
3. Kesejahteraan sosial
– Pembinaan Dataran Kota Belud untuk kegiatan riadah awam
4. Menggiatkan aktiviti ekonomi setempat
– Pembinaan Baazar Rakyat Kota Belud
5. Menggiatkan industri pelancongan
– Meluluskan jeti pelancongan di Kuala Abai ke Mantanani
6. Menambah baik sistem infrastruktur
– Meluluskan peruntukan RM50 juta untuk menangani masalah banjir.
– Melaksanakan sistem solar di sekolah dan rumah ibadat untuk menjimatkan pengunaan elektrik.
– Membina dan membaik pulih jalan pekan dan luar bandar di daerah Kota Belud.
Rekod ini bakal disaksikan oleh penduduk Sepanggar sekiranya beliau dipilih mewakili konstituensi baharu ini. – Mynewshub.cc
