• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: PDRM Hantar 10,939 Anggota Ke Kontinjen

oleh Ahmad Albab
08/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 10,939 pegawai dan anggota petugas bantuan sumber manusia Polis Diraja Malaysia (PDRM) dihantar untuk melapor diri di 13 kontinjen di seluruh negara kecuali Perlis hari ini bersempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab berkata kesemua anggota dan pegawai berkenaan adalah dari Bukit Aman, Maktab PDRM Cheras dan Pusat Latihan Polis (Pulapol) seluruh negara termasuk Pulapol Kuala Lumpur untuk penugasan kepolisan am seperti kawalan balai polis dan pelbagai urusan pilihan raya.

“Pada peringkat awal, kami menerima permohonan untuk membekalkan seramai 13,233 petugas namun setelah kajian dilakukan anggota dan pegawai yang selebihnya akan digerakkan sekiranya mempunyai keperluan.

“Sementara itu di Perlis, kekuatan anggota dan pegawai sedia ada iaitu seramai 1,786 adalah mencukupi setakat ini dan petugas bantuan akan dihantar sekiranya perlu,” katanya pada sidang media pada Majlis Amanat dan Pelepasan Petugas-Petugas Bantuan Sumber Manusia PDRM bersempena PRU14 di sini hari ini.

Katanya pasukan yang dihantar itu akan membantu keseluruhan 82,372 anggota dan pegawai sedia ada di kontinjen seluruh negara.

“Petugas-petugas bantuan sumber manusia PDRM ini akan kembali ke formasi pada 14 Mei setelah menyelesaikan penugasan di kawasan yang ditetapkan,” katanya.

Abdul Ghafar berkata pihaknya akan memastikan orang awam dapat menunaikan tanggungjawab mengundi pada 9 Mei ini tanpa rasa takut atau terancam menerusi penempatan pasukan polis di lokasi-lokasi yang berkenaan.

Terdahulu, Abdul Ghafar membuat pelepasan 2,880 anggota dan pegawai dari Bukit Aman, Maktab PDRM di Cheras dan Pulapol Kuala Lumpur yang akan ditugaskan di Pahang, Kelantan, Kedah, Selangor dan ibu negara. – BERNAMA

Tags: PDRMPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd