• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Pinggir Golongan Nelayan Di Langkawi

oleh Ahmad Albab
07/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Tun Dr. Mahathir Mohamad membangunkan Langkawi dengan menidakkan kepentingan golongan nelayan di pulau pelancongan itu sewaktu beliau menjadi perdana menteri, kata bekas setiausaha politiknya, Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

Beliau berkata ini kerana bekas pemimpin itu yang kini bertanding untuk kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) atas tiket PKR, pernah bertindak menutup lima pengkalan nelayan di pulau itu bagi memberi laluan kepada pembangunan.

“Sewaktu itu banyak nelayan merungut apabila lima pengkalan nelayan ditutup termasuk pengkalan utama di Kuah, kerana Mahathir membuat pembangunan tanpa mengambil kira masalah dan pendapat nelayan,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun keadaan mula berubah ketika Mohd Johari menjadi timbalan menteri pertanian dan industri asas tani (2009-2013), apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan projek jeti Pantai Chenang bernilai RM12 juta.

Selain itu, Najib turut memberi peruntukan lebih RM30 juta untuk menaik taraf semua kemudahan di jeti nelayan di seluruh Langkawi.

Terbaharu, pada Februari lepas Najib mengumumkan peruntukan RM1.315 bilion untuk lima projek baharu kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di pulau itu, selain meluluskan peruntukan RM3.2 juta bagi pembinaan pemecah ombak sepanjang 100 meter di kawasan tambatan bot di jeti nelayan Chenang.

Katanya sehubungan itu, sudah tiba masanya pengundi di Langkawi bijak membuat pilihan dengan memberikan peluang kepada Najib untuk membawa lebih banyak pembangunan di pulau itu pada masa akan datang memandangkan zaman Mahathir sudah pun berlalu. – BERNAMA

Tags: LangkawiTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

20/11/2025
0

KANAK-KANAK RUSIA MAUT DISENGAT UBUR-UBUR KOTAK DI PANTAI CENANG Oleh Mynewshub LANGKAWI, 20 November – Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd