• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Uqasha Senrose Ditahan Disyaki Miliki Dadah

oleh AK-47
07/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Artis popular, Uqasha Senrose ditahan selepas polis menemuinya dalam keadaan khayal dan memiliki enam paket yang disyaki dadah jenis Eramin 5 ketika pemeriksaan tubuh serta beg tangan dibuat ke atasnya di balai Taman Tun Dr. Ismail, pagi tadi.

Menurut sumber, pihak polis sebelum itu menerima panggilan berlaku satu kemalangan di hadapan sebuah rumah di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail.

Ketika tiba di lokasi kejadian, polis menemui seorang lelaki Cina yang memaklumkan kenderaan jenis Range Rover berwarna putih yang dipandu seorang wanita Melayu telah melanggar kereta Honda miliknya.

“Pemeriksaan awal anggota di tempat kejadian mendapati artis berkenaan dipercayai berada dalam keadaan khayal.

“Polis kemudian telah membawa artis terbabit ke balai bagi pemeriksaan lanjut,” katanya kepada Mynewshub di sini malam ini.

Tambahnya, kesemua dadah berkenaan yang berjumlah 53 biji dibalut dengan kertas aluminium foil berwarna merah.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim ketika dihubungi media mengesahkan penahanan seorang pelakon wanita.

Menurut Mazlan, ujian air kencing yang dijalankan terhadap artis wanita itu mendapati ia negatif dadah dan artis tersebut kemudian dilepaskan selepas keterangannya diambil.

Tambah beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – MYNEWSHUB.CC

Tags: dadahuqasha senrose
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd