• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kubur: Semua Pihak Perlu Hormati Keputusan Keluarga

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu semua pihak menghormati keputusan keluarganya yang tidak membenarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad ziarahi kubur bapanya di tanah perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka di sini, hari ini.

Nik Omar yang merupakan calon PKR-PAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 berkata, rancangan bekas perdana menteri itu untuk menziarahi kubur bapanya itu melibatkan sensitiviti keluarga.

“Kita (perlu) raikan sensitiviti keluarga. Jadi saya rasa (perkara ini) tiada masalah dan Mahathir juga tiada masalah (tidak ziarahi kubur bapa),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Mahathir Bersama Rakyat di sini, hari ini.

Rancangan Mahathir untuk menziarahi kubur Allahyarham Nik Abdul Aziz yang juga bekas Mursyidul Am PAS, hari ini terbantut apabila dihalang keluarga bekas menteri besar Kelantan itu.

Bermula kira-kira pukul 9 pagi, anak Allahyarham, Nik Adli bersama anggota keluarga serta sekumpulan penyokong PAS bertindak mengunci pagar tanah perkuburan tersebut.

Pintu laluan masuk ke tanah perkuburan itu juga dihalang menggunakan sebuah lori. – BERNAMA

Tags: Nik Omar Nik Abdul Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yadim Tidak Wajar Dicabuli Demi Kepentingan Politik

30/03/2019
0

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar kerajaan menghentikan usaha merubah urus tadbir Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang...

Nik Omar Mulakan Tugas Sebagai YDP YADIM

20/12/2018
0

PUTRAJAYA - Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu Nik Omar Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Zolkharnain Abidin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd