• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jasa Pemimpin Dahulu Asas Pacu Kemajuan Negara

oleh Ahmad Albab
07/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Jasa pemimpin terdahulu bukan sahaja untuk dikenang tetapi dijadikan asas memacu negara ke tahap lebih tinggi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata sebagai generasi penerus, generasi kini perlu memikul peranan membawa apa yang telah diasaskan kepada sesuatu yang lebih tinggi dan diperakui dunia.

Menjadikan jasa dan perjuangan ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang merupakan perdana menteri kedua, dalam memacu kemajuan masyarakat luar bandar melalui pembukaan Felda dan pembinaan jalan menghubungkan Kuantan dan Segamat, Najib berkata semua itu mungkin tidak bermakna jika tiada kesinambungan dilakukan terhadap apa yang telah diasaskan tersebut.

“Kita tidak boleh semata-mata hidup dengan bersandarkan ingatan dan nostalgia sahaja. Generasi yang ada sepatutnya tidak memiliki sifat sedemikian.

“Kita mesti membawa kemajuan yang lebih hebat lagi, dan itulah prinsip yang sebenarnya di mana dengan sikap itu, barulah negara kita boleh diletakkan dalam saf antara negara terhenti serta terunggul di dunia,” kata beliau.

Najib yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Pekan berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama-sama 2,000 penduduk Batu 8 Lepar di sini, hari ini.

Turut hadir calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud.

Najib berkata generasi sekarang tidak boleh membuatkan negara mengundur ke belakang kerana bagi meneruskan apa yang telah dimulakan, negara memerlukan sebuah parti politik yang mempunyai sejarah memajukan negara dengan cemerlang.

Dari segi politik, beliau berkata teras politik tanah air yang terbukti berjaya memacu pembangunan negara hanya ada pada satu parti iaitu BN.

“Kalau kita tengok perangai seorang dua di sebelah sana (pembangkang), kita pun sudah pasti tidak yakin mereka boleh menjaga kepentingan kita semua terutamanya kepentingan masyarakat di luar bandar, kepentingan Islam dan kepentingan orang Melayu,” kata beliau.

Pada majlis itu, perdana menteri turut meluluskan sejumlah peruntukan bagi pembinaan sebuah masjid baharu di kampung berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd