• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

150 Syarikat Bas Henti-Henti Tawar Percuma Hari PRU

oleh
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIADA BAYARAN… Sebanyak 150 syarikat bas henti-henti di Semenanjung Malaysia merancang menyediakan perkhidmatan percuma sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada Rabu ini.

Pengerusi Penaja Bas Henti-Henti Malaysia, Basri Baharom, berkata cadangan itu bagi membantu pengguna bas henti-henti yang rata-ratanya berada di luar bandar, untuk keluar mengundi pada hari PRU ke-14 tersebut.

Katanya, ia juga bagi balas jasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang banyak bantu pengusaha bas henti-henti meneruskan perkhidmatan dengan meringankan beban mereka menghadapi kenaikan kos operasi sejak 2012.

“Buat masa ini, satu syarikat iaitu The Kulim Baling Road Transport Sdn. Bhd. sudah disahkan beroperasi pada hari mengundi, manakala selebihnya bergantung pada kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Kami kena berbincang mendapatkan kelulusan SPAD, namun kira-kira 400 ke 500 bas milik 150 pengusaha bas henti-henti sudah bersedia untuk memberikan perkhidmatan percuma,” katanya pada sidang media di ibu negara.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Penaja Bas Henti-Henti Malaysia yang juga Pengerusi The Kulim Baling Road Transport Sdn. Bhd., Khairil Anuar Abdul Rahman.

Basri berkata, perkhidmatan bas percuma antara jam 8 pagi hingga 5 petang itu tersebut bagaimanapun tidak membabitkan warga negara asing, sebaliknya hanya kepada rakyat Malaysia yang akan keluar mengundi.

Antara laluan yang dijangka terbabit dengan perkhidmatan percuma tersebut adalah di kawasan luar bandar dan pedalaman di Kedah, Pahang, Perak dan Pulau Pinang.

Terdahulu, Basri berkata, pengusaha bas henti-henti terhutang budi kepada Perdana Menteri yang memperkenalkan Skim Dana Sokongan Sementara Bas Henti-Henti (ISBSF), bagi membantu menampung kos operasi harian syarikat.

Ujarnya melalui ISBSF, operator bas henti-henti yang rata-ratanya adalah pengusaha kecil, mampu terus beroperasi walaupun kos operasi meningkat, selain kerugian dialami disebabkan sebahagian laluan tidak menguntungkan.

“Kami juga berterima kasih dengan pihak kerajaan kerana memperkenalkan perkhidmatan myBas, yang memberi kontrak sehingga lapan tahun kepada pengusaha terbabit. Saya harap skim sebegini akan dilanjutkan lagi.

“Ini untuk sekurang-kurangnya lima tahun upaya kami boleh terus beroperasi, selain beri kelebihan pada pengusaha mendapat kelulusan pinjaman bank bagi gantibas yang sudah uzur,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bashenti-hentipercuma
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil...

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Albert Tei mengkritik kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah yang dikatakan untuk meringankan golongan ibu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd