• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tinjau Kawasan Kolam Takungan Air Di Chini

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa meninjau lokasi cadangan pembinaan kolam takungan air di kawasan penyadap Sungai Mentiga, Loji Rawatan Air Chini di sini.

Projek pembinaan di kawasan penyadap sedia ada bernilai RM12.3 juta itu merupakan sebahagian daripada Projek Menaik Taraf Sistem Bekalan Air di Rancangan Felda Seluruh Negara di Bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

Pembinaan kawasan takungan seluas 10.8 hektar itu dilaksanakan oleh Felda berdasarkan keperluan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) untuk memastikan masalah bekalan air di kawasan Felda Chini dapat diatasi.

Melalui taklimat oleh HLA Associates Sdn Bhd, syarikat konsultan bagi pembinaan itu, Perdana Menteri dimaklumkan takungan itu apabila siap kelak mampu menyimpan kapasiti air selama 14 hari.

Najib juga diberi jaminan projek yang dijangka siap penghujung 2019 itu tidak melibatkan pengambilan tanah orang awam dengan tender projek dijangka dimuktamadkan sebelum akhir bulan ini.

Antara lain, projek itu bermatlamat membekalkan bekalan air terawat yang mencukupi kepada penduduk di gugusan Felda Chini dan kawasan sekitar.

Ia juga bertujuan memastikan bekalan air mentah sentiasa dapat dibekalkan ke Loji Rawatan Air Chini termasuk pada musim kemarau.

Najib dalam sesi taklimat tersebut menekankan langkah proaktif itu perlu dilakukan agar masalah bekalan air terawat, khususnya di kawasan Felda Chini dapat diatasi segera. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd