• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Cari Wanita Curang Menyebabkan Suami Dibunuh

oleh Ahmad Albab
05/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Polis sedang mengesan seorang wanita Indonesia bagi membantu siasatan kes seorang lelaki maut ditetak dalam kejadian di Kampung Murni, Ladang Kretam di Kalabakan, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata wanita itu adalah Ani Bedu iaitu isteri kepada mangsa bunuh Amir Mapiasse, 35, yang juga warga Indonesia.

“Pihak polis menerima panggilan daripada pengurus ladang berkenaan yang menemui mayat lelaki dipercayai pekerja ladang dalam keadaan terbaring berlumuran darah, kira-kira pukul 1.15 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Fadil berkata siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja di ladang itu selama sembilan tahun pulang ke rumah pada 11 pagi dan mendapati isterinya sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki di rumah mereka dan berlaku pergaduhan sehingga mangsa ditetak.

“Suspek telah melarikan diri namun berjaya di tahan polis lima jam selepas menerima aduan manakala isteri mangsa sedang dikesan,” katanya lagi dan menambah bahawa suspek akan diremen mulai hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurutnya motif pembunuhan itu dipercayai berpunca daripada hubungan sulit suspek dengan isteri mangsa.

Beliau berkata polis telah menjumpai sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: kes bunuhpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd