• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Bawa Orang Luar Nak Tunjuk Sokongan

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sambutan luar biasa terhadap kempen yang diadakan parti pembangkang tidak semestinya menterjemahkan sokongan kepada parti mereka, kata Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata sebaliknya mereka yang hadir dalam kempen-kempen parti pembangkang datang dari seluruh pelusuk negara yang ingin mendengar propaganda daripada para pemimpin pembangkang.

“Yang datang bukannya orang tempatan di sini dan berdasarkan pengamatan dalam sambutan luar biasa itu didapati hanya sedikit sahaja pengundi di kawasan berkenaan, selebihnya adalah penyokong mereka dari seluruh negeri.

“Berbeza dengan kerajaan BN, kita bukan sahaja kemuka calon tempatan malah memberi perkhidmatan dan sentiasa berusaha untuk memenuhi keinginan dan kehendak rakyat,” kata calon Ahli Parlimen Pasir Gudang ketika berucap melancarkan projek Dewan Masyarakat India Pasir Gudang di Bandar Seri Alam di sini, hari ini.

Menurut beliau, para pengundi pada akhirnya mampu untuk menilai sendiri parti yang boleh menjamin kesejahteraan mereka berbanding parti pembangkang yang hanya ingin mendapatkan kerusi dan meletakkan calon nomad dalam piliharaya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya, Datuk Tan Cher Puk.

Terdahulu, beliau berkata dewan yang memerlukan kos sebanyak RM5 juta itu akan dibangunkan selepas pilihanraya khusus untuk komuniti masyarakat India di bawah Parlimen Pasir Gudang.

Setakat ini, kerajaan negeri telah memberi dana sebanyak RM2 juta manakala RM1 juta dari Yayasan Pasir Gudang.

“Jika saya dipilih menjadi ahli Parlimen Pasir Gudang, kita akan usaha untuk mencari lebih banyak dana bagi pembinaan dewan ini,” kata Mohamed Khaled.

Dewan berkenaan akan dijadikan sebagai sebagai pusat sehenti bagi komuniti masyarakat India di bawah Parlimen Pasir Gudang yang bakal menjadi tempat mengadakan aktiviti kemasyarakatan penduduk di kawasan berkenaan. – BERNAMA

Tags: pembangkangPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Keluar Dewan, PMX Perlu Bertanggungjawab Bentang RCI Tabung Haji

Pembangkang Keluar Dewan, PMX Perlu Bertanggungjawab Bentang RCI Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat...

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB –  Muhyiddin

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB – Muhyiddin

19/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan asas kewujudan parti itu adalah untuk menentang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd