• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Kini Hilang Aura Nik Aziz – Tengku Razaleigh

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Ketiadaan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi kesan teruk kepada perjuangan PAS sehingga berlaku perpecahan sesama anggota parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata PAS dilihat semakin hilang kekuatan untuk mempertahankan kerajaan negeri Kelantan yang dikuasai sejak 28 tahun lalu.

“Ini adalah peluang besar bagi BN untuk merampas semula pemerintahan kerajaan negeri. Bagaimanapun jentera BN bersama calon yang bertanding sama ada calon Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu bekerja kuat bagi menarik sokongan pengundi,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis Semarak Kasih Seraut Sayang bersama peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Chalil di sini, malam tadi, Razaleigh berkata BN bersedia untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat supaya mereka tidak lagi berhijrah ke negeri lain untuk mencari pekerjaan.

“Mereka telah mengadu kepada saya dan pemimpin lain, kalau boleh mereka ingin bekerja di negeri sendiri, dan saya harap rakyat Kelantan melakukan perubahan itu dengan menyokong calon BN pada PRU ini,” katanya.

Beliau berkata mereka perlu berfikir secara positif kerana Manifesto BN turut memberi keutamaan bagi menaik taraf kemudahan bekalan air di Kelantan berikutan selama ini PAS gagal berbuat demikian. – BERNAMA

Tags: PASTengku Razaleigh Hamzah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Kesal PMX Anwar Jemput Pemimpin Junta Myanmar Ke Malaysia Dengan Permaidani Merah

PAS Kesal PMX Anwar Jemput Pemimpin Junta Myanmar Ke Malaysia Dengan Permaidani Merah

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kekesalan terhadap tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput dan menerima kunjungan rasmi Min...

‘Qunut Nazilah Makan Diri’ – Ketua Pengarah J-KOM

‘Qunut Nazilah Makan Diri’ – Ketua Pengarah J-KOM

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali menyindir kemelut yang melanda PAS dan BERSATU dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd