• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkasa Bukan Alat Parti Politik – Ibrahim Ali

oleh Ahmad Albab
31/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menafikan tuduhan yang mangatakan badan bukan kerajaan (NGO) itu menjadi alat kepada parti politik tertentu di negara ini.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, walaupun Perkasa dilihat agresif dan ekstrem mempertahankan isu-isu sensitif berkaitan agama Islam dan orang Melayu, tetapi ia turut mengkritik semua parti politik termasuk Barisan Nasional dan Umno.

“Kalaulah Perkasa ini dituduh sebagai alat, masakan sudah lebih enam tahun kita ada ahli lebih 700,000 sekarang ini dan sudah pinda perlembagaan kita untuk menjalankan Perkasa mengikut kawasan parlimen.

“Kita mahu Perkasa mengikut sistem parlimen, ada jawatankuasa, cukup tersusun dan keahlian yang bertambah setiap hari. Setiap hari kita menerima permohonan menjadi ahli 200-250 permohonan,” katanya dalam rancangan ‘Ruang Bicara’ yang disiarkan secara langsung di BernamaTV malam tadi.

Rancangan itu yang bertajuk ‘NGO dan Perpaduan Nasional’ dihoskan oleh Sherkawi Jirim serta turut disertai ahli geostrategi Prof Dr Azmi Hassan sebagai tetamu jemputan bagi membincangkan peranan NGO dalam perpaduan rakyat.

Ibrahim berkata, pelbagai tuduhan dan persepsi negatif yang dilemparkan dengan mengatakan Perkasa sebagai sebuah NGO yang rasis dan ektremis juga dibuat kerana ada pihak bimbang dengan peranan yang dimainkan Perkasa.

Katanya, ini kerana tindakan Perkasa yang lantang mengkritik pihak yang mempersoalkan perkara-perkasa sensitif dilihat boleh membantutkan agenda politik mereka.

“Kalau Perkasa ini rasis buktikan. Kita bertindak mengikut perlembagaan dan merupakan NGO yang sah. Banyak NGO lain yang mengeluarkan kenyataan yang sensitif tetapi mereka tidak dituduh rasis.

Sementara itu, Azmi berkata, NGO perlu mempunyai objektif tersendiri dan tidak boleh menjadi ‘kenderaan’ kepada mana-mana parti politik semata-mata, kerana ia akan mencemari fungsi NGO itu sendiri.

“NGO perlu menjadi pemangkin kepada perpaduan nasional, dan tidak boleh berfungsi memenuhi kehendak agenda politik mana-mana parti politik, demi perpaduan rakyat seluruhnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: PERKASA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

AGRA, GPMS, PERKASA Batal Perhimpunan Bantah Dong Zong

28/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Gerak Minda Malaysia (AGRA) bersama dua lagi pertubuhan bukan kerajaan, membatalkan Himpunan Julang Perlembagaan ‘Rempuh 2812’...

Peguam Negara Digesa Henti Ganggu Perbicaraan Adib

20/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa Peguam Negara, Tommy Thomas untuk membatalkan pengakuan bersumpah Timbalan Pendakwa Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd