• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tewas 1-0, Mourinho Sinis Salahkan Pemain

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOSE Mourinho menyalahkan pemain bintangnya selepas tewas kepada Brighton di Stadium Amex awal pagi Sabtu.

Anak buah Chris Hughton mengukuhkan kedudukan mereka dalam Liga Perdana dengan menambah tiga mata di tangga kesebelas selepas tandukan Pascal Gross tepat ke dalam gol.

Mourinho menyelar pemain-pemainnya yang tidak menunjukkan tentangan dan secara sinis ditujukan kepada Marcus Rashford dan Anthony Martial.

Selepas itu Mourinho menyalahkan media dan penyokong yang terlalu memberi fokus kenapa tidak meletakkan Romelu Lukaku di barisan hadapan.

“Pemain-pemain gantian tidak bermain dalam tahap yang baik.

“Apabila individu berkelakuan (tidak bermain dengan baik) ia menyukarkan pasukan untuk bermain dengan baik. Mungkin selepas ini anda tidak lagi menyoal kenapa A,B, C tidak kerap bermain.

“Kenapa selalu Lukaku? Kenapa selaku Lukaku? Kenapa selalu Lukaku? Anda ada jawapan kenapa selalu Lukaku,” ujar Mourinho.

Malah Mourinho tidak lagi percaya beberapa pemain dalam skuadnya.

“Saya fikir amat jelas berbeza sekali untuk berjuang mencapai sasaran.

“Bagi mereka lebih penting menamatkan saingan dalam Liga Perdana daripada misi kami untuk berada di tempat kedua.

“Mereka (lawan) telah tunjuk sejak minit pertama dan kami tidak berbuat begitu.

“Mereka juga telah memberi segalanya untuk mendapatkan mata penuh ini.

“Pemain kita tidak ada motivasi diri. Bagi saya, ia selalu mengecewakan kerana ia bukan saya. Bukan saya.

“Pemain-pemain seperti tidak bersedia untuk membuktikan betapa pentingnya kedudukan kedua itu. Saya sangat kecewa kerana ia sangat penting.” – mStar Online

Tags: Jose MourinhoManchester United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

08/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah...

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

11/05/2024
0

Kuala Lumpur : Rasa simpati terhadap tonggak Harimau Malaya Faisal Halim bukan hanya dirasai komuniti bola sepak tempatan namun turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd