• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen BN Di Langkawi Bertambah Hebat

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Kempen Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Langkawi bertambah hebat dengan ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melakukan lawatan sehari ke pulau legenda ini hari ini.

Tempat kunjungan pertama beliau sejurus tiba di lapangan terbang di sini ialah Telaga Walk di Jalan Chenang, tempat berlangsungnya klinik keusahawanan anjuran bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan SME Corp.

Najib diiringi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah; calon BN bagi kerusi parlimen Langkawi, Datuk Ir. Nawawi Ahmad dan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kuah, Nor Saidi Nanyan.

Perdana menteri meluangkan kira-kira 30 minit untuk melawat gerai pameran di lokasi berkenaan, yang turut mengadakan pelbagai aktiviti lain termasuk kursus keusahawanan dan belia, bazar, pertunjukan kucing, cabutan bertuah dan persembahan hiburan.

Malam ini, beliau dijadual menghadiri satu majlis perjumpaan anjuran penggiat industri pelancongan di Langkawi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri.

​​​​​​​BN menghadapi pertandingan tiga penjuru bagi kerusi parlimen Langkawi, di mana penyandang kerusi berkenaan, Nawawi, dicabar bekas perdana menteri dan pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad atas tiket PKR-PPBM, dan calon PAS, Zubir Ahmad.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Nawawi memenangi kerusi itu dengan majoriti 11,861 undi setelah meraih 21,407 undi dan mengalahkan calon PKR Ahmad Abdullah, yang mendapat 9,546 undi dan calon Bebas Marina Hussein, yang hanya meraih 180 undi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakLangkawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd