• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Hanya Tidur Di Garaj, Pohon Bantuan

oleh AK-47
04/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Akibat ruang rumah yang sempit, sebahagian warga emas yang menginap di Rumah Persatuan Kebajikan Jayam Sri Laxmi Home Care di Jawi dekat sini terpaksa tidur di ruang garaj (di hadapan rumah).

Pengendali dan pengusaha rumah kebajikan itu P. Jayanthi, 43, berkata rumah yang disewa untuk menjaga 28 warga emas tidak mengira kaum itu hanya berkeluasan 650 kaki persegi dan tidak mampu untuk menampung kesemua warga emas berkenaan menyebabkan sebahagiannya terpaksa tidur di luar rumah.

“Kami kasihan pada orang-orang tua ini kerana terpaksa tidur di luar, apabila hujan mereka akan terkena tempias hujan, tapi hendak buat macam mana rumah yang saya sewa ini sempit,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah kebajikan itu di sini hari ini.

Oleh itu, Jayanthi yang juga seorang ibu tunggal yang mula membuka rumah kebajikan itu sejak 2014 berkata beliau amat memerlukan bantuan daripada pelbagai pihak untuk meringankan beban dan membantu golongan emas di sini.

Beliau berkata selain daripada ruang rumah yang tidak mampu menampung bilangan penghuni itu, beliau juga berhadapan masalah bil air yang sangat tinggi dan sehingga kini permohonannya untuk mengurangkan kadar bil di Pejabat Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) tidak diperoleh.

“Saya tidak kisah berusaha keras dan bekerja untuk menyara dan membantu orang-orang tua di sini tetapi bil air yang terlalu tinggi sehingga RM200, RM300 amat menyukarkan saya, Apabila saya ke pejabat kerajaan negeri dan minta ia dikurangkan, tidak juga dapat malahan bil air semakin naik hingga mencecah RM400,” katanya yang turut menerima bantuan daripada orang awam.

Naib Presiden Parti Bersama Malaysia (MU) Koay Xing Boon yang juga calon parti itu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jawi turut melawat rumah kebajikan berkenaan hari ini.

“Ini bukan soal politik semata-mata, ini soal perikemanusiaan. Kami (MU) akan membantu Jayanthi dengan memberikan tempat yang lebih selesa selepas ini. Lokasi yang dikenal pasti setakat ini ialah di Bukit Panchor dekat sini yang mana rumahnya lebih luas, besar dan dapat menampung bilangan warga emas ini,” katanya.

Koay berkata beliau turut menyumbangkan beberapa barang keperluan kepada rumah kebajikan itu antaranya lampin pakai buang, kerusi roda dan mesin basuh. – BERNAMA

Tags: warga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd